Amalan Mencari Barang Yang Hilang

Amalan mencari barang yang hilang

Mencari Barang yang hilang

Ali Baba dengan 40 orang penyamun. Hmm.. da puas pak cik belek-belek majalah, pak cik pun belek la buku budak-budak. Buku budak-budak ni, taw la, banyak gambar dari tulisan. Seronok pulak baca buku ni. Hehehe. Pandai Ali ni perdayakan 40 orang penyamun tu. Rasa cam nak buat sinopsis la pulak pasal buku ni. Hehehe.

Aisyh.. Sebenarnya hati pak cik ni sedeh sikit. Bukan sedeh pasal diri sendiri. Tapi sedeh ngan member lama pak cik. Perempuan…< jangan pikir bukan-bukan aaa > Dia baru je hilang laptop, broadband ngan final project universiti dia. Kesian pak cik tengok. Semalam dia nangis gila-gila. Pak cik pun paham, barang-barang camtu memang sangat penting kat seorang pelajar. Tapi apa yang pak cik boleh buat adalah teman dia buat laporan, nasihatkan dia supaya tabah.

Pak cik ni, tak tahu la, kenapa ya pencuri tak pernah fikir perasaan mangsa dia. Kalau la pak cik dapat tangkap pencuri tu on the spot, pak cik siat kulit dia, pastu pak cik tarik rangka dia keluar, Hati dia pak cik buat sate, kepala dia pak cik gantung kat pintu, pastu punggung dia.. < emo la plak >. Tapi bila dipikirkan balik, semua yang terjadi ada hikmah nya, mesti ada hikmahnya. ALLAH takkan buat sesuatu yang menganiaya hamba Nya kecuali untuk mengajar hambaNya < SAYA SAYANG ALLAH >.

  

Pak cik pun pernah terbaca yang bila kita kehilangan sesuatu barangan, ia adalah peringatan kepada kita bahawa kita ni da melupakan ALLAH, dan banyak dosa kita kat dia. Sebab tu kita hilang barang, supaya kita ingat balik apa tujuan kita kat sini :) . Jadi, kat sini, pak cik nak perturunkan < hohoho> tak de lah, share la satu ilmu yang mana dengan kuasa ALLAH, barang yang hilang tu dapat balik :-

Al-Fatihah 7x.

2. Al Fath 1-3 7x

3. Al Khafi Ayat 19 7x

4. Surah Al-Ikhlas 7x.

5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119x.

8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Semoga ia nya dapat beri manfaat pada semua..

< Pak cik mohon, hadiahkan Al Fatihah kepada sahabat pak cik Zahidah binti Amir yang kehilangan laptop beliau >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)