Cara Berjumpa Nabi Muhammad SAW dalam Mimpi

Cara Berjumpa Nabi Muhammad S.A.W Di Dalam mimpi.

cara berjumpa nabi dalam mimpi
Rumah pak cik dekat je dengan tadika surau ni haa. Bila balik kerja je, dengar la budak budak eja ayam dalam jawi, alif, ya , mim, ayam. Suasana gini seronok sebab nampak camne anak-anak kecil baru nak mengenal dunia <skemanya ayat aku>. Ada satu hari ni, pak cik dengar diorang baca solawat masa muhajirin masuk ke kota madinah.

Pak cik teringat balik, alangkah baiknya dapat berjumpa dengan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Mesti orangnya penuh wibawa. Selalu kita kenal rasul kita ni melalui hadis je kan. Kadang-kadang pak cik curious juga nak tahu.
So, pak cik pun bukak la folder lama pak cik yang da berabuk tu, Keluarkan balik kitab kitab pondok pak cik. Ahaa.. jumpa pun… tapi dalam beg sekolah lama pak cik. Nasib baik tak hilang.

Mula la membelek buku lama. Nostalgia siot.< tengah nangis > Terkenang kali pertama belajar pasal ilmu hikmah pakai buku tu la. Belek punya belek jumpa jugak amalan bertemu Nabi Muhammad SAW dalam mimpi.

1. Solat sunat 2 rakaat je pun.
2. Rakaat pertama dan kedua lepas al fatehah, bacalah kembali alfatehah 15x dan ayat kursi 15x.
3. Setelah itu membaca sholawat Nabi “Shollallohu ‘ala Muhammad” 1000x.

So, jom la kita amalkan sesama. mana la tau, ada antara kita dapat jumpa Nabi Muhammad SAW dalam mimpi. Nanti share kat sini ek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)