Ilmu Penyeri Muka

Ilmu Penyeri Muka

amalan seri muka, ilmu penyeri wajah, bahaya susuk, susuk haram

hari ni pak cik demam :( . Penat betul, buat semua benda, semua rasa cam tak complete je. Asyik sangat layan demam ni. Ushar-ushar keliling, Pak cik lelap pulak. Ada la dalam 10 minit. Nasib baik bos takde, kalau tak, tak pasal-pasal la kena dengar ” See you in my office” sambil dihujani beberapa bijik bom leteran dan peluru-peluru sinis. Pas minum air suam 2 gelas, rasa lega la sikit. Nak mula kerja balik, bismillah…

BAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!

bunyi orang ketuk meja pakai fail, staf-staf lain yang tengah on YM, bukak facebook, suma pakat tutup, klik balik folder excel atau word. Siap ada yang ter shut down … Lagi extreme terus cabut plug. Tu dia, supervisor da mengamuk. < Sebenarnya pak cik nak lampirkan beberapa perkataan extreme beliau tapi takut terlampau extreme lak carutan dia >.. Abis kena bebel, si Poji ni pun keluar la, < ofis boy > ngan muka sedeh dia. Pak cik ni pun, rasa kesian, Tanya la dalam bahasa kedah

  

Pak cik : Awat hang pa ni ? < baru belajar bahasa ulu .. kok diang kedah >
Poji    : Tah la bang, suma benda saya buat suma tak betul
Pak cik : Apa lagi yang salah nya ?
Poji    : Ala, saya tertinggal dokumen lampiran tu je, client pun ok, cakap leh hantar besok, SP ni je lebeh2

Ermm.. manusia manusia… pak cik no komen sangat, kadang2 dalam hidup kita memang ada certain orang kita tak berapa suka kan ? < korang ngaku je la > So, pak cik pun slow talk ngan poji… pak cik ajar dia amalan menaikkan seri muka. Biar la bos yang salu benci kat kita, tengok pun jadi lembut hati.

Amalannya begini

  1. Setiap hari selasa jam 12 malam korang kena amik air masak satu gelas, kemudian baca sholawat 10 kali,
  2. Letak air tu kat luar rumah, tempat yang senang kena embun
  3. Lepas je solat subuh, baca bismillah 7 kali kat air tu, kemudian minum air tu sampai tinggal suku
  4. Suku air yang lebih tu sapukan kat muka

Tengoklah keajaiban yang terjadi setelah anda lakukan sebanyak 7 kali selasa.

< dengan pak cik pun da lembut hati tengok poji ni… hehhee >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)