Mengapa Badan Bergoyang Ketika Berzikir ?

mengapa badan goyang ketika berzikir

Assalamualaikum semua. Maafkan pak cik sebab semalam pak cik tak update. Mana la tau korang menunggu. So, sorry la sebab pak cik sekarang banyak assignment dan minggu depan ada 2 test kot. So, pak cik busy la.

Macam biasa la, bulan Ramadhan kan kita nak menambah pahala. Sejuk ati pak cik tengok surau kat kem askar ni ha. Ramai je baca Quran petang-petang, zikir dan sebagainya. Pak cik pun join la sekali. Adalah kurang siuman la kalo pak cik lepak kat surau semata mata menyandar di tiang berkipaskan kipas angin kuasa no 5.

So, pak cik pun berzikir la zikir favourite pak cik… Zikir pertama Istighfar 100 kali, ni memang best, hati mesti senang je nak masuk ilmu bila lepas istighfar, zikir kedua, selawat 100 kali, makin selawat, kita makin cinta dengan Rasul SAW kita kan. Da tu, kepala makin mudah nak ingat pelajaran, Zikir ketiga, La Hau La Wa la Quata Illa Billah, zikir ni, buat pak cik sedar yang cuma ALLAH je la yang berkuasa. Memang tak de orang lagi la celen. Jin Kuil la, setan iblis lubuk la, tu suma tak kuat, laser plasma US la,… tu pun tak kuat.. yang kuat cuma ALLAH je. Zikir ke empat lak, Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil… ni pun syiok… Zikir ni memang zikir pasrah habis la… Kalo baca zikir ni,.. kereta langgar pun tak de pape… sebab masa tu dalam hati da cakap da… “Aku Serah Segala Pada ALLAH “. Ayat QUran ni la yang Nabi Ibrahim baca masa kena lempar dalam unggun api…

Dan akhir sekali zikir La ilaha Illa ALLAH… Korang perasan tak, bila korang baca je zikir ni, mula badan nak terayun kiri dan kanan, walau pun pada mulanya korang tahan, tapi last last ada daya gerak juga yang akan mengayunkan badan korang. So, korang nak tau kenapa ?. Sebab di tulang belakang kita ni da tertera kalimah LAILA HA ILLA ALLAH MUHAMMADAN RASUL ALLAH. Ia menunjukkan simbolik bahawa kalimah tauhid ini adalah teras manusia, sebagaimana tulang belakang menjadi teras kepada anggota badan manusia.

Bila korang menyebut je kalimah tauhid ni, so, kalimah di tulang belakang ni diaktifkan. Ada orang cakap, gila ke apa goyang sorang sorang. Kadang kadang, punya la hebat sampai ada orang fana baca zikir ni.. Tu yang sampai tak sedar diri. Bukan tak sedar diri, cuma orang tu da terlalu lazat dengan zikir tauhid ni. Budak sekolah disaran jangan berzikir kalimah tauhid ni lebih 300 kali sehari sebab zikir ni sedap sangat, takut korang tak nak belajar pulak. Biarkan badan terus bergoyang,. kepala terus terayun, sebab semasa kepala berayun, ia akan merangsangkan otak belah kiri.

Seperkara lagi, kebanyakan orang yang berzikir mesti matanya tertutup. Kenapa mesti tutup mata ya ?,.. Sebab nak fokus. Mata ni adalah pintu masuk dosa. Untuk mendapatkan cahaya zikr tu, so, kita kena tutup lubang yang boleh menyumbang kepada dosa ni.. Biar cahaya zikr terus terperangkap dalam diri. Tambahan, bila kita tutup mata, kita akan melihat biji mata ketiga kita yang ada di tengah tengah dahi. Kalo korang perasan la, cubak korang amik pensel, pastu halakan ke arah biji mata korang tak kesah la kiri ke atau kanan makin lama makin dekat. Korang mesti rasa cam ngilu kan?.. So, cuba korang tutup kain korang dengan kain. Perasaan ngilu yang sama akan terjadi kat bahagian dahi korang. Tu lah petanda bahawa mata ketiga korang disitu..

Bila korang tutup mata,, memang segelap gelapnya, korang mungkin berpeluang melihat biji mata ketiga korang. Korang akan nampak cam biji mata memandang balik kat korang. Tapi teknik ni masih ramai pertikaikan. Tapi, siapa tahu benda tu betul kan?

< Tolong pak cik jawab exam…….>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)