Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

malam lailatul qadar, tanda lailatul qadar, malam seribu bulan, kelebihan malam lailatul qadar, fadhilat malam seribu bulan

Bersempena pasal bulan puasa ni, moleklah rasanya kalau kita nak bercerita mengenai fadhilat yang ada masa bulan puasa. Pak cik nak cerita pasal Malam Lailatul Qadar. Mungkin korang suma da selalu dengar pasal Lailatul Qadar kan? Tapi pak cik nak kongsi ngan yang belum tahu. Kalau da tahu, rasa nak baca jugak, pak cik tak larang.

Malam Lailatul Qadar ni ALLAH kurniakan pada hambaNya sebagai salah satu nikmat yang ada. Pada malam tu, dikatakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. KOrang pun tah sempat tah tidak nak hidup seribu bulan kan?. Pada malam Al Quran diturunkan, semua malaikat mengepakkan sayap diorang, semua alam akan terhenti dari berbunyi kerana mukjizat teragung sedang turun ke Bumi.

Kat sini pak cik nak senaraikan beberapa tanda malam tersebut adalah malam lailatul qadar.

  1. Kebiasaan serangga yang berbunyi malam akan senyap
  2. Keadaan malam tu cam suam-suam kuku
  3. Hati manusia yang bangun pada malam tu, akan merasakan perasaan tenang yang lain macam
  4. Malam tu terang…
  5. Pada keesokan harinya, pagi akan menjadi sedikit gelap disebabkan Malaikat-malaikat sedang naik semula ke langit.

Malam Lailatul qadar ni, kalau kita nak dapatkannya, satu kita kena buru malam tu, dan kedua, kita kena banyak berdoa. Untuk memburu lailatul qadar, kita kena tahu beberapa tips, antaranya ia muncul pada setiap malam ganjil. Tapi kalau korang konfius, korang terus je cari 10 malam terakhir. tak kesah la genap ke ganjil ke. Mudahan kita dapat berjumpa dengan malam yang mulia tu sebelum mati kita ni.. Kalau da dapat malam tu,,, bersyukurlah kerana kita dipilih untuk merasakan nikmat lailatul qadar..

< Pakcik pun sampai sekarang belum dapat lailatul qadar… Moga pak cik jumpa lailatul qadar sebelum matinya pak cik ni >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)