Ilmu Huruf Hijaiyah

Bismillahirrahmanirrahhim…

ilmu huruf, huruf hijaiyah, kajian huruf, rahsia huruf

hmm… Da dekat 2 hari pak cik tak update blog pak cik, tak tau la apsal la pak cik rasa malas sangat. Mungkin sebab da seronok sangat dengan cuti kot. Bangun pagi, terus pegi dapur angkat tudung saji sambil usap-usap perut, pastu lepas makan, terus je on PS2 main sampai 2 ke 3 jam, pastu call awek pak cik gayut jap, pastu tengok tv dan bla bla bla.

Sebenarnya, pak cik tak update blog pasal pak cik sibuk baca pasal ilmu huruf ni. Google punya google, pak cik jumpa info pasal ilmu huruf untuk huruf Ba sahaja. So, hari ni pak cik nak terangkan serba sedikit mengenai ilmu huruf  hijaiyah. Korang kena tau yang huruf hijaiayah ada merata diseluruh tubuh badan korang. Kat bawah ni, pak cik listkan tempat huruf bersama anggota badan manusia :-

  1. alif =hidung
  2. ba =mata
  3. ta =lubang mata
  4. tsa =bahu kanan
  5. jim =bahu kiri
  6. ha =tangan kanan
  7. kho =tangan kiri
  8. dal =telapak tangan kiri dan kanan
  9. zal =kepala dan rambut
  10. ro =rusuk kanan
  11. zai =rusuk kiri
  12. sin =dada kanan
  13. syin =dada kiri
  14. shod =pantat kanan
  15. dhod =pantat kiri
  16. tho =hati
  17. zho = gigi
  18. ain = paha kanan
  19. ghain =paha kiri
  20. fa =betis kanan
  21. qof =betis kiri
  22. kaf = kulit
  23. lam =daging
  24. mim = otak
  25. nun =cahaya
  26. wau = telapak kaki kanan dan kiri
  27. ha~=sum sum tulang
  28. lam alif =manusia utuh
  29. hamzah = memenuhi segala
  30. ya = mulut

Dan, perlu diketahui bahawa di dalam huruf hijaiyah, terdapat 4 elemen unsur alam semulajadi yang mana dipecahkan mengikut jadual dibawah :-

  • Air = Ghain, Kho, Ro, Ain, Lam, Ha Buka, dal
  • Api = zal, syin , fa, mim, tho, ha bulat, alif
  • Tanah = dhod, ta, sho, nun, ya, wau, ba
  • Udara = zho,tsa, qof, sin, kaf, zai, sin, jim

Pak cik rasa, sampai disini sahaja dahulu penerangan mengenai ilmu huruf, seterusnya, pak cik akan sambung kerana pakcik pun sedang mencari lagi cara sejati mempelajari ilmu huruf ni. Salam semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)