Khasiat Ayat Bismillahirrahmanirrahim

Bismillah

khasiat bismillah

Fuh, syok sungguh raya, memang syok sungguh. Perut pak cik dari besar bola besbol dah jadi bola sepak. Bulat cam ngandung 9 bulan la beb. Tapi, no hal, pak cik still carry on. Hari ni pak cik nak terangkan mengenai khasiat ayat Bismillahirrahmanirrahim ni. Sememangnya umum korang da banyak sangat tahu pasal bismillah ni, tapi tak tau tatacara sebenar bagaimana nak dapatkan khasiat khasiat bismillah ni sendiri.

Jadi, pak cik akan tunjukkan bagaimana cara untuk menggunakan dan menarik khasiat ayat bismillah ni sendiri. Bawah ni pak cik da senaraikan tata cara bagaimana untuk korang gunakan bismillah dalam kehidupan harian korang.

  • Untuk kelihatan berwibawa dikalangan rakan, tuliskan bismillahirrahmanirrahim sebanyak 600 kali diatas kertas dan bawa lah ia kemana sahaja
  • Untuk hajat tertunai sepantas kilat, bacalah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 12,000 kali yang mana setiap kali sampai pada 1000 kali, dibacakan selawat sekali. Selepas itu, berdoalah apabila habis pengamalan
  • Untuk mencerdaskan akal, bacalah sebanyak 786 kali pada air selama 7 hari pagi dan petang dan minumlah air yang dibacakan bismillahirrahmanirrahim
  • Untuk menghindarkan dari bermimpi buruk atau mimpi setan, baca 21 kali bismillahirrahmanirrahim dan jangan berkata apa apa setelah itu
  • Jika nampak ada orang pengsan, bacakan sebanyak 41 kali bismillahirrahmanirrahim dan dia akan cepat sedar
  • Terpelihara dari jin dan syaitan, tuliskan sebanyak 35 kali dan letakkan di depan muka pintu
  • Untuk menghadapi orang zalim, bacakan sebanyak 50 kali bismillahirrahmanirrahim
  • Untuk mendapatkan ikan dengan mudah ketika mengail atau menjala, tuliskan bismillahirrahmanirrahim diatas timah kemudian letakkan pada hujung kail.

Pak cik harap korang dapat mengamalkan bismillah ni sebanyak mungkin dalam kehidupan korang. Bismillah sahaja mampu menawarkan racun yang menggila dalam air korang andai korang tak tau pun ada racun dalam tu. Wallahualam

<Nak sambung raya >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)