Ayat Kaf 40, Hikmah Di Sebaliknya

Ayat Kaf 40, suatu penyelidikan

kaf 40, ayat kaf 40, doa kaf 40

Bismillahirrahmanirrahim, rata rata mungkin ramai yang mengetahui bukan ayat kaf 40 ni. Pak cik pun da lama da tau pasal ayat kaf 40 ni, cuma pak cik tak amalkan la. Mungkin ada antara korang yang nak beramal dengan kaf 40 ni. Tapi pak cik tak berani nak cakap apa apa sebab ayat kaf 40 ni adalah antara sebuah keilmuan yang tinggi. Memerlukan guru untuk membimbing korang. Jadi, kewajipan korang la untuk cari guru yang boleh ajar korang doa kaf 40 ni.

Sebelum tu, biar pak cik tunjuk dulu ayat kaf 40 ni, untuk tatapan korang.

Ok, sejarah ayat kaf 40 ni adalah bermula dari pada sempena pengambilan 40 orang nama Wali yang menentang untuk mendapatkan semula Tabut Sakinah. Tabut Sakinah ini telah dirampas oleh puak puak gergasi dari kaum Bani Israil, Maka, 40 orang wali ni berkumpul di Bukit Golan, atau nama sekarang adalah Gholan Height untuk merampas semula kawasan tersebut. Mereka gunakan amalan ini untuk menentang mereka semua.  Cerita ini tak dapat nak disahihkan kerana ianya turun dari mulut ke mulut. Jadi, kita berharap agar ALLAH memberikan pemahaman kepada kita.

Jadi, korang mesti nak tahu apakah khasiat ayat kaf 40 ni?. Banyak , boleh la pak cik senaraikan kebanyakan khasiat tersebut disini :-

  1. baca 21 kali kepada makanan yang sedikit, insya ALLAH cukup untuk dimakan sekeluarga
  2. membutakan mata musuh, baca 3 kali pada pasir, tanah dsb, kemudian lontarkan kepada musuh
  3. Baca 7 kali doa kaf 40 ni pada tanah, pasir kayu, kemudian lontarkan pada musuh, diorang akan bertelagah sesama sendiri.
  4. Baca 3 kali, kemudian hembus atau ludah pada tempat yang terkena bisa binatang
  5. Baca 3 kali ayat kaf 40 untuk menahan darah yang keluar
  6. Menguatkan badan yang lemah, namun teknik ni tak boleh dilakukan selalu, hanya benar benar tak larat je. Dan tak boleh diamalkan oleh orang dibawah 25 tahun, takut kepanasan. Baca 3 kali kaf 40 kemudian tarik nafas dalam dalam
  7. Baca beberapa kali kepada orang gila, lama kelamaan hilang gilanya
  8. Baca kaf 40 sebelum masuk hutan, agar terlindung dari kejahatan
  9. Baca 7 kali pada air kemudian diberi minum pada haiwan, insya ALLAH dia akan jadi jinak
  10. Baca 3 kali lalu dipicit picitkan lada hitam hingga pecah. Kemudian letakkan serpihan lada hitam itu di atas dan dibawah ibu jari, kemudian ditekan tekan. Insya ALLAH, mampu menghalau pelesit.

Pengamalan Kaf 40

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukup la 10 ni je yang pak cik berikan. Jadi sekarang pak cik akan terangkan pula amalan untuk kaf 40 ini

Untuk Wirid Harian < Mengambil Masa untuk Larut Ilmunya>

  1. Sedekah Fatihah kepada Rasulullah SAW
  2. Selawat 3 kali
  3. Baca kaf 40 ni 3 kali

Lakukan setiap pagi dan petang. Pak cik nak letakkan sekali amalan pertapaan, tapi confirm korang tak mampu buat.. Berat beb…

Jadi untuk mengetest ilmu ni adakah sudah larut ke belum adalah, korang pegi sungai yang ada buaya, baca ayat kaf 40 kemudian beberapa minit kemudian, cuba tengok ada tak buaya yang timbul, kalo ada maknanya da melarut la tu.

Dan satu cara lagi adalah, baca kaf 40 ni sekali nafas 40 kali, tangan korang akan jadi panas, kalo lagi advance, sampai berasap2 tangan korang ni.

Wanita dilarang belajar ilmu ni, takut memudharatkan anak dalam kandungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)