Cara Berdoa Yang Baik, Dimana tahap doa anda

Bismillahirrahmanirrahiim

cara berdoa yang baik, cara berdoa rasulullah, doa mustajabl

Cara berdoa yang baik, perkara yang perlu dirungkai sedalam dalamnya. Hari ni pak cik nak berceloteh sikit pasal berdoa ni. Nampak di kalangan kita ni berdoa, tapi tak sampai sampai. Sekadar berdoa cuma sebab ikut trend kot. Atau memang da diajar lepas semayang doa. Hari ni, kita akan tau hakikat doa itu sendiri.

Cara Berdoa Yang Baik, Apa Maksudnya?

Memang kita dah pun didedahkan cara-cara berdoa, tapi apakah kita tau cara berdoa yang baik. Maknanya, ketika kita berdoa, janganlah leka, lalai. Ni tak, masa doa, ada yang cuit kawan la, melopong la, tertidur la. Kadang kadang boleh tergelak masa doa. Apa punya perangai la.

Jadi, cara berdoa yang baik adalah tadah tangan pada paras dada. Jangan la pemalas sangat nak angkat tangan tu. Kita ni nak meminta, kena la hormat sikit pada Pemberi. Lagi satu, kepala tu tunduk ke bawah pandang tapak tangan ni. Ini perlu untuk meningkatkan sifat kehambaan. Jangan pandang ke atas sambil berdoa. Itu namanya berlagak.

Cara Berdoa Yang Baik, Eh… Ada Strategi Ke?

Bila kita dah pun memenuhi kriteria cara berdoa yang baik, kita pun kena tahu teknik teknik ataupun hint hint untuk doa kita dimakbulkan 24 hours. Mula mula sekali, tengok format doa tu.

Format doa rasulullah SAW adalah pertama sekali kita puji ALLAH, kemudian minta ampun dahulu pada ALLAH. Lepas intro, barulah masukkan doa yang diminta. Then akhir sekali, letak pengharapan, dan kehambaan di akhir sekali.

  

Ok, cuba korang translatekan format doa rasulullah ni dalam kehidupan kita. Pak cik bagi contoh.

” Oh Bos, ko sungguh macho, segak, perut tough. Lain macam je bos hari ni, rasa jatuh cinta lak ngan bos ni. Bos, sorilah kalo saya ni ada salah silap ngan bos ke, papehal saya cakap sori dulu lah.. Bos… sebenarnya… saya nak minta cuti kat bos,,.. anak saya sakit….boleh la bos.. boleh la… Terpulang pada bos la kan nak bagi cuti.. Saya cuma pekerja bos je.. Saya terima je keputusan bos seadanya”

Ha… camni la … Kita puji kasi kembang, minta maaf kasi luluh, baru sampaikan doa.. pastu letak pengharapan.. Inilah format doa Rasulullah yang sebenarnya korang tak amik tau.

Waktu Mustajab digabungkan dengan cara berdoa yang baik

Ha, ini adalah satu ramuan rahsia dari pak cik. Sebenarnya tak rahsia, cuma korang je tak amik port. Hohoh.. Ok lah.. kalo digabungkan doa mustajab ni dengan teknik berdoa yang baik dan betul, insya ALLAH, korang punya doa senang diangkat.

  • Berdoa masa hujan
  • Masa waktu sepertiga malam
  • waktu sujud
  • waktu dapat nikmat
  • lepas bertaubat

Ok lah, harap nya korang da faham da cara nak berdoa dengan baik. So, tak de lagi alasan untuk doa tertolak okay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)