Huruf Ba, Tanda Bermula Segalanya

Bismillahirrahmanirrahim

huruf ba, rahsia huruf ba, hakikat huruf ba, bentuk huruf ba, ba hijaiyah

Bahang periksa masih terasa. Debar beb nak jawab hari khamis ni. Ini membuatkan pak cik sedar bahawa di dalam diri setiap manusia ada kehidupan masing masing. Bermula dengan teori big bang oleh sarjana barat yang mengatakan ia nya awal mula kepada perubahan dunia.

Di dalam ilmu asal usul pula, diceritakan pula kejadian segalanya di dalam dunia ini bermula dari satu pohon, dan akhirnya diakari semuanya membentuk kepada alam semesta. Namun perbahasan dua perkara ini akhirnya membawa kepada segala yang berlaku adalah berasal dari satu titik.

Hari ni, pak cik akan berkongsi mengenai huruf Ba. Huruf Ba ni adalah simbolik ataupun signifikasi kepada kejadian makhluk, yang mana Ba, titik nya menunjukkan awal mula segala kejadian. Alam semesta dari sebuah titik letupan, kejadian manusia bermula dari setitik air mani, kehidupan tumbuhan bermula dari sebutir benih. Inilah menunjukkan rahsia huruf ba itu sendiri.

Di sebabkan tiitk di bawah ba itu, menunjukkan satu perbezaan yang dapat membezakan antara huruf ba dengan huruf nun. Di dalam hurf Ba itu, tersembunyi alif, yang mana mengawal segala kelakuan huruf Ba yang hidup ini. ALif itu di panggil sebagai Nur Muhammad. Hal ini boleh dipecahkan dalam ungkaian Bismillah yang mana awalnya adalah Bi Ismillah. Alif telah diwasalkan lalu diserap kedalam huruf Ba.

Hakikatnya, huruf Ba yang dibayangi alif menunjukkan bahawa kehidupan ba dikawal oleh alif. Kemudian Ba berjumpa dengan huruf Sin, yang mana bentuk huruf sin menunjukkan pola kehidupan manusia yang turun naik.

Dan pak cik harap, dengan sedikit info mengenai rahsia huruf Ba ini, dapat memberi kesedaran kepada anda semua betapa hidup ini ada yang mengawal melalui mekanisme mekanisme yang tertentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)