Ilmu Hakikat Insan Mengundang Padah Bagi Bukan Ahli

Bismillahirrahmanirrahim
hakikat insan, ajaran hakikat insan, ilmu hakikat insan

Hari ni entri agak heavy sikit, yang mana pak cik akan dedahkan sedikit info mengenai hakikat insan. Hakikat insan ni bukan perkara main main. Dan banyak perkara yang korang tak paham akan korang lalui. Untuk itu, ini adalah larangan keras dalam mempelajari ilmu hakikat Insan

JANGAN SESEKALI MENGATAKAN SESAT, KELAK SESAT ITU SENDIRI AKAN MEMAKAN DIRI. JIKA ANDA BUKAN AHLINYA, SILA PERGI

Dalam makna amaran ni. Kiranya, untuk belajar hakikat insan, korang perlu belajar dengan hati yang terbuka. Ok, jom kita start belajar sikit sikit pasal hakikat Insan.

Asal Usul Hakikat Insan

Ajaran hakikat insan ini dibawa oleh Tuk Janggut dalam nusantara tanah melayu ni. Namun, base awalnya adalah di Indonesia, yang mana mereka pada mulanya lebih kepada ilmu tasawuf. Namun akhirnya telah bertukar arah kepada ilmu kaji diri, lalu terciptalah ajaran hakikat Insan.

Persediaan sebelum mempelajari ilmu hakikat Insan

Sebelum mempelajari hakikat insan ni, terdapat banyak perkara yang perlu korang pertimbangkan sebelum menceburi dalam bidang ni. Bukan apa, disebabkan isi kandungan ajaran hakikat insan ni terlalu heavy, yang mana akal da tak mampu untuk berfikir, hanya hati sahaja yang mampu menjangkaui akal untuk berfikir.

Disebabkan ajaran hakikat insan ini banyak didominasi oleh seketul daging yang bernama hati, jadi, korang perlu bersihkan diri dulu dari segala syirik shaghir, khafi dan jalli.

Antara contoh yang kita leh amik gini. Untuk syirik jali, korang leh tengok sendiri iaitu memuja selain dari ALLAH, syirik khafi ni adalah riyak dan syirik shaghir ni adalah mempercayai sesuatu yang tidak sampai kepada ALLAH. Sebagai contoh, kita buka kipas sebab kita percaya melalui kipas kita akan sejuk. Namun, kita tak sampai kepada akhir iaitu ALLAH yang memberi kesejukan melalui kipas.

Akhir sekali, untuk mempelajari hakikat insan, ianya perlukan guru. Apa yang pak cik wat adalah sekadar memaparkan informasi sahaja. Tak lebih dari tu. sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)