Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH, yang menjadikan alam, yang menjadikan udara, yang menjadikan nafas. Bagaimana hidup kalian semua? Harap sering di dalam pelukan yang Esa. Satu persoalan yang akan saya lontarkan kepada saudara. Seberapa manakah anda semua mengenali pencipta anda ?
Mungkin ini adalah jawapan yang kita akan terima … “ALLAH adalah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, yang tiada zat selain darinya, bersifat Kamil dan terhindar dari sebarang kekurangan, yang mempunyai nama namaNya yang agung. Terima kasih saya ucapkan. Ini adalah suatu jawapan umum kepada semua umat Islam.
Namun, makrifatullah ataupun mengenali ALLAH masih lagi jauh dan dalam pengertiannya. Sekiranya anda semua berminat untuk mengenali ALLAH dengan lebih lanjut, topik makrifatullah kali ini mungkin akan menjawab serba sedikit persoalan anda.
Sebelum memasuki makrifatullah, seseorang hendaklah mengenali diri dia sendiri. Mengenali diri sendiri bukanlah sesuatau yang mudah. Ia memakan masa dan mempunyai teknik teknik tersendiri dalam melaksanakan proses mengenali diri sendiri. Untuk mengenali diri sendiri, seseorang perlu tahu apakah yang dia telah miliki dari pandangan zahirnya.
Kita akan buat satu contoh bagaimana teknik untuk mengenal diri. Kunci pada teknik mengenal diri ini adalah persoalan “Mengapa”. Sebagai contoh kita akan menggunakan tangan. Mengapa ALLAH memberikan aku tangan? mungkin untuk digunakan dalam kehidupan harian seperti membasuh baju, memegang barang dan sebagainya. Mengapa ALLAH ingin aku memegang barang, membasuh baju dan sebagainya? Supaya manusia mampu mengurus dirinya dan dapat menjalankan hidup yang sihat dan sempurna. Mengapa perlu untuk mengurus diri dan menjalankan hidup yang sempurna ? Kerana ia adalah sesuatu yang dituntut dari Islam untuk hidup yang bersih. Mengapa Islam menuntut hidup yang bersih? Supaya kita dapat terhindar dari penyakit. Kenapa kita perlu terhindar dari penyakit?. Sebab badan kita adalah hak ALLAH dan wajib bagi kita menjaganya. Mengapa perlu menjaga Hak ALLAH ?…
Dan apabila proses itu telah sampai kepada tahap ketuhanan, disaat itulah proses makrifatullah akan mengambil tempat. Bila soalan yang saudara tanya sendiri kemudian saudara sendiri tidak mampu menjawab, itulah tandanya bahawa saudara sedang beralih kepada proses Makrifatullah yang mana menuntut saudara untuk berguru kepada guru yang mursyid.
Di dalam ajaran Sufi, terdapat 4 hijab yang menyebabkan kita telah terpisah untuk mengenali ALLAH dengan mudah. Hijab tersebut bolehlah dikategorikan kepada hijab jiwa, dunia, nafsu dan syaitan.
Ini telah dibuktikan didalam ayat Al Quran
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-bena tehijab dari (melihat) Rabb mereka. Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka”
(Al-Muthaffifin: 15-16)
Dan apabila seseorang telah memecahkan hijabnya, dan telahpun mengenal diri mereka sendiri, iaitu mengenali aku di dalam aku, dia sedikit lagi ingin mencapai tahap makrifatullah. Di saat ini, pendamping, Para Malaikat, dan para Nabi akan meninggalkan anda, yang mana ALLAH sendiri akan membimbing anda secara terus tanpa hijab kerana anda telahpun memecahkan hijab anda. Situasi seseorang yang mendapat makrifatullah sangat berbeza pemikirannya dengan orang Islam yang mempunyai tahapan syariat seperti kita kita ini. Saya lampirkan sedikit dialog mereka yang telah mencapai makrifatullah :-
- Sunan Kalijaga :- ALLAH itu seumpama memainkan wayang
- Syeikh Majagung :- ALLAH itu bukan disana atau disini tetapi ini
- Syeikh Maghribi :- ALLAH itu meliputi segala sesuatu
- Syeikh Bentong :- ALLAH itu bukan disana sini, ya, inilah
- Sunan Giri :- ALLAH itu jauh tanpa batasan, dekat tanpa rabaan
Semoga saudara kalian akan terus mencari siapakah ALLAH yang mencipta kita.





pacik,ni ada kaitan ngan ilmu laduni ke?
ayat di atas menyebut mereka benar-benar masuk neraka, kenapa?
hijab yang dimaksudkan adalah dosa dosa mereka masa didunia.. sebab tu la dimasukkan ke dalam neraka
apa itu hijab?
apa makna hijab?
apa hakikat hijab?
salam akie….pegang jalan usul ker boleh bagi saya email saudara….laduni nie biasanya hanya org yang belajar usul jer tau…..
salam pakcik….sya mmg nak jumpa pak cik…mana pak cik dapat kitab2 nie pak cik….sume nyer kitab2 lama…..
cari je kat Pulau Pinang ngan Jalan Kelang Lama… ada banyak.. geledah je
wasalam saudara jebat..sy cume org biasa je..sy cume seorang pengkaji yg ingin mncari Allah…
makrifatullah?..awal agama mengenal Allah> saudara yang dirahmati Allah, jangan dipersulitkan perkara agama yang mudah ini..agama itu kehidupan yang dilalui 24 jam sehari, secara berterusan, bukan hanya sewaktu menuntut ilmu atau bertafakur di tikar sembahyang…dimana kamu diletakkan oleh Allah dalam menjalani Kehidupan di situlah kamu di wajibkan mentaati suruhan dan menjauhi larangannya, alasan, kamu adalah hamba dan dia adalah tuhan..inilah yang dinamakan makrifatullah..kenal diri ini hamba dan Allah itu tuhan semesta alam. untuk tambahan lain akan diperolehi hanya melalui rahmatnya semata…bukan suluk atau tarikat….sekian
Terima kasih. perbahasan ni cuma orang yang ingin menyelam lebih dalam daripada Islam Syariat
… Jika dimaksudkan dengan Islam itu Mudah dalam segi syariat.. ya… perbahasan saudara itu lah jawapannya…
As’kum wbt…Pokcik
camne lak kalau yang dikatakan ‘tiada Tuhan’….’melainkan Allah’
jeng3x… :d
assalamualaikum pakcik, boleh saya tahu apakah tajuk kitab2 yg pakcik guna sebab saya sedang mencari kitab2 lama yg telah diterjemahkan didlm bahasa melayu untuk buat rujukan. Saya sedang mempelajarinya jadi kalau ada kitab2 tu saya boleh buat rujukan dan merujuk pula pada guru bila saya tidak memahaminya. Harap sekiranya pakcik dpt membantu saya utk mendalami ilmu Allah yg tiada penghujungnya. Saya akan cube mencari tajuk yg diberi dikedai2 buku
owh, banyak kitab lama kini da takde da yang dikedai atau orang selalu panggil kitab kuning, dan ada sebahagian di banned oleh majlis Agama kerana content yang tidak sesuai untuk dibaca…
SETIAP JIWA MERINDUI KEBENARAN ILAHI,KERANA DI SEBALIK KERINDUAN ITU TERSIMPAN KENIKMATAN YANG PALING INDAH,YANG SANGAT SUKAR DI UCAPKAN DENGAN KATA-KATA.HANYA JIWA YANG BERIMAN DALAM MENEGUK MAKRIFATULLAH YANG DAPAT MERASAKAN BETAPA AGUNGNYA YANG MAHMUDAH
petikan dari Ami Mie
terima kasih ya Fahmi
salam, ilmu makrifatullah bukan dilaman ini perbincangannya…kegagalan hamba Allah (orang hakikat) ialah bila dia cuba memberitahu apa yang dia tahu tetapi tidak kena pada tempat dan situasinya..termasuklah bukan orang hakikat yang sibuk mencanang tapi gagal menang…
ya, makrifatullah bukan disini tempatnya… saya cuma menerangkan makrifatullah orang awam… bukan makrifatullah hakikat atau makrifat
dalam bayang aku mencari pencipta bayang..aku dalam bayang-bayang tapi harapan tinggi mencapai manugali kuwala gusti
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh serta berpesam-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Assalam pakcik…
saya sekali dua je singgah blog pakcik ni..agaknye minat yg sama kut..pakcik berguru ngan mana2 guru mursyid ke?..saya cdgkan pakcik singgah ke blog guru saya Dr Jamal di Auracare.kurang pastila pakcik nama website nya,cer pakcik type Auracare..kuarla ia..di situ insya allah pakcik akan jumpa ramai kawan2 dan insya allah menimba ilmu dgn guru saya.beliau suka topik2 gini2..tq
Hanya bertanya kerana ingin tahu boleh ya?
Soalan 1
Ilmu Islam yang diwarisi “Awalluddin Makrifatullah” kata Rasullullah SAW.
Kemusykilanya saya kenapa kini mereka kebanyakannya memulakan dengan ilmu Syariat dan kemudian Tarikat ,Hakikat dan akhirnya Makrifat.?
Kenapa tidak didahului dengan Makrifat seperti kata Rasullullah SAW?
Saya tidak kenal Allah jadi saya mengerjakan solat dari segi syariatnya dan akhirnya saya tak ketahui siapa yang saya sembah dan rasa saya penat sebab tuju hala tidak saya ketahui sedangkan solat itu nikmat. akhirnya saya rasa penat.
Harap pakcik tolong perjelaskan dengan saya yang bodoh ni supaya dapat saya petunjuk InsyaAllah.
kamu belajar bab Akidah masa sekolah agama, benda apa yang ditekankan.. Pertama syahadah, kedua Sifat 20, bukankah itu adalah syllabus Awaludin makrifatullah..?. CUma diorang tak tau.. syariat2 yang ada inilah yang menyokong memperkuatkan jalan untuk mengenal ALLAH
salam,tuan apa khbr,ada masa saya nak jumpa tuan,saya tinggal d puchong shj,
datang ler sg besi UPNM
Allah tu ada di hati,jika hati tk ingat Allah..tiada tuhan..-itu katogeri makrifatullah tahap ape pokcik?
“Belajar mengenal Allah, bersama Allah dengan Allah ja Ala” dan sebaiknya didampingi para ahlinya
aku bukan aku tapi Aku.. apa pandangan pakcik bila golongan yang sudah makrifah menggelarkan diri mereka jahil@bodoh sedangkan orang yang berpegang syariat, belajar tentang ilmu syariat sehingga ke mesir, dan mereka digelar sudah celik agama serta mengenal allah.. saja nak tanya pendapat pakcik sama ada sama atau tidak jawapannya dengan jawapan dalam diri saya..
Saya berminat sungguh hendak belajar mengenal diri dan ilmu makrifatullah. Tetapi tak tau dimana nak cari guru. Semoga Allah swt tunjuki saya seorang guru yang mursyid. Amin.
solat hajat 2 rakaat tiap2 malam
orang2 yg sudah terbuka hijab saje lah yg tahu ilmu makrifat….
tak semua yg di anugerahi ilmu hakikat diri,yg ada wajib belajar,tapi asalkan kita tahu diri hanya lah sebagai hamba…itu sudah memadai.
Alhamdulillah, ramai yg ingin mengenal penciptanya. Eloklah rasanya sekadar kenal diri. Elok juga jika berguru. Jgn sekadar membaca & cuba memahami sendiri (kecuali ilmu laduni). Takut nanti, syirik menanti. Kisah siti jenar telah terbukti. Tulisan dan kata dijaga, takut disalah erti. Penat nanti bila dah giler, tp masih tak mengerti.