Zikir Allah Dan Rahsianya

Bismillahirrahmanirrahim

zikir allah, rahsia zikir, rahsia zikrullah

Assalamualaikum. Pak cik harap korang suma sehat sejahtera la ye. Pagi pagi lagi indah ni tengok burung kuar cari makan. Cip cip diorang tu lah adalah teknik diorang zikir pada ALLAH taala. Pada post terdahulu pak cik da tegur segelintir orang mengenai cara zikir ALLAH mereka. Hari ni pak cik akan terangkan pula rahsia zikir ALLAH.

Zikir ALLAH itu Punya Rahsia?

Ya, setiap zikir yang dilafazkan mempunyai rahsia nya. Rahsia yang amat dalam hingga orang tenggelam dalam zikir ALLAH. Pernah tak korang tengok ada orang zikir ALLAH teruk teruk. Maknanya, dengang kepala terhuyung hayang, badan menggeletar, siap berlari lari lagi macam orang gile.

Fenomena gini korang boleh tengok selalu kat mana mana badan tarikat. Zikir ALLAH diorang memang da bersatu antara hati, lidah dan fikiran. Sebab tu dalam kepala diorang cuma ALLAH, ALLAH, ALLAH. Naik motor ALLAH, makan, ALLAH, lari, ALLAH.

Keadaan tu orang panggil zouk, ataupun fana. Ia da tenggelam dalam zikir ALLAH tu. Tenggelam tu bermakna dia dah asyik sangat da dengan nama ALLAH ni. Itu baru sikit, orang yang baca da berkelakukan macam orang gila. Baru sebut ALLAH, da rindu pada Dia tu separuh gila. Bayangkan jika kita dah bertemu ALLAH nanti. Pasti menangis berjejeran air mata lihat zat ALLAH kan?

Efek  Zikir ALLAH dalam Kehidupan.

Zikir ALLAH dalam kehidupan ni kita leh trace senang je. Nampak orang tu berseri je muka. Tenang je. Bercahaya semacam je. ITulah tanda dia tu kuat amalkan zikir. Itulah rahsia zikir yang sebenarnya tak lah rahsia pun, korang je tak perasan.

Ok, fine, malas nak zikir ALLAH. Korang boleh pie masuk hutan, ataupun berkelah kat tepi air terjun. Mungkin kali ini pak cik rasa melampau sikit sebab pak cik akan ajar korang camne nak dengar alam zikir pada ALLAH.

Tutup telinga, dengar kepada bunyi alam. Mula mula korang dengar air, pastu hening malam, diikuti dengan bunyi unggas. Lama lama korang akan dapat membaca ritma alam ni. Dan korang akan menjumpai bahawa semua bunyi ini bersatu menjadi “Ha” ” Hu”.  Bukan tu je.. Korang perasan tak kalo korang masuk hutan je, perasaan korang tak serabut. Sebab  nye mudah je. Korang sedang berkongsi dengan zikir alam. itulah jawapannya.

Pak cik harap, entri pak cik yang tak seberapa ni dapatlah menolong korang semua dalam kehidupan harian korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)