Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Bismillahirrahmanirrahim

amalan khurafat, amalan khurafat masyarakat melayu, amalan khurafat di malaysia

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah da habis pun imtihan pak cik. Hari ni pak cik akan menyentuh mengenai amalan khurafat yang berlaku dalam kalangan masyarakat melayu. Hah, mesti korang pun pernah jugak terdengar benda benda gini.

Amalan Khurafat Beserta Maknanya

Khurafat ni senang je pengertiannya. Ianya adalah mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dalam kehidupan harian. Apa apa kepercayaan yang menolak kekuasaan ALLAH itu adalah khurafat. Atau dalam masyarakat melayu kita, ia lebih kepada tema “sial”.

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Disebabkan masyarakat melayu ini penuh beradat, jadi, amalan amalan khurafat dalam kehidupan harian mereka dulu banyak mempengaruhi hidup mereka sebelum kedatangan islam. Pada mulanya ia adalah merupakan petua yang diperturunkan. Namun, ia sudah menjadi adat dan amalan pula apabila terlalu lama amalan tersebut dipraktikkan.

Setiap petua ada sebabnya tersendiri. Seperti jangan keluar waktu senja merujuk kepada untuk mengelak seseorang itu terkena demam. Kerana perubahan antara panas dan sejuk sedang berlaku tika waktu senja. Namun, ia telah diubah oleh orang yang tidak mengetahuinya lalu menjadikan hukum dalam kehidupan mereka.

Amalan Khurafat Di Malaysia Beserta Contohnya.

Kat sini pak cik lampirkan amalan khurafat di malaysia yang sebenarnya berlaku dalam kalangan korang. Yang ni pak cik amik dari adat keturunan melayu

Contoh amalan khurafat keturunan melayu :-

  1. Upacara menurunkan kapal
  2. Kenduri Pecah Perut
  3. Kenduri Tolak Bala
  4. Upacara Mendirikan Rumah Baru
  5. Puja kubur
  6. Cucu jin
  7. Pemujaan Tanduk kerbau
  8. Sandau
  9. Upacara Penyembelihan Ayam Hitam

Biasanya, yang masih mempelopori kepercayaan dan adat amalan khurafat dalam masyarakat melayu ni adalah tok pawang, dukun dan tok bidan. Ini semua adalah hasil pembelajaran diorang sejak turun temurun.

Diharap perkongsian pak cik ini dapat membuka sedikit minda kita mengenai ilmu khurafat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)