Hari hari kita kongsi pasal keilmuan, hari ni pak cik nak share dengan korang barang barang yang biasa orang guna dalam ilmu ghaib. Enjoy
Ni nama dia geliga ikan. Boleh jumpa dalam perut ikan. Sebelum jumpa geliga ni, dia akan diselaputi oleh satu lendir, bila keluarkan lendir tu, boleh la keluarkan bebuli geliga ni dari lendir tu, Biasa digunakan untuk tarik ikan tak pun penyejuk badan cam air badak tu.
Ha, yang ni nama dia cincin besi kursani kuning. Cincin ni da diisi dengan naga dan 400 laksamana. CIncin ni digunakan bagi tujuan pertempuran. Sapa pakai cincin ni mesti terasa panas je…
Nama benda ni cemati ali. Benda ni jatuh dalam kategori pembisa. Cemati ali ni bila diketuk pada pokok, tiga hari lepas tu, mati dah pokok tu..
Nama benda ni adalah geliga wali. Tak tau la apa guna dia. Tapi yang anehnya, kalo batu putih tu dipegang, mesti jadi hitam..
Ok, ni pulak geliga lipan. Digunakan untuk menarik wang. Tapi ada cara tersendiri nak tarik geliga lipan ni.
Oklah sampai sini je la pak cik share..









aku ada satu batu, nama dia batu leleh.. aku jumpa kt pokok buluh yg berbunga…
huhu… nk jual 1 ringgit je…. hahahahaha……… xdpt ler….
Na’uzubillah…bertaubatlah sdr. Ini semua sesat syirik. Hentikanlah dengan nama Allah.
ya, saya akan ke neraka
jangan cepat menjatuhkan syirik saudara ilmu allah sebesar lautan saudara ape yang kite ada hanya setitik air di muncung saudara ape yang saudara tau kami tau tapi ape yang kami tau mungkin saudara tak tau,,,,sempurnakan ilmu di diri saudara sebelum menyempurnakan orang lain….
bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar
( surah Ar-Ruum – ayat 8 )
salam saudara,fahamkah maksud hadis diatas?
saudara Imam Khalid,tuduhan anda kepada pakcik adalah suatu fitnah.
Syirik adalah urusan Allah S.W.T
yang membuatkan syirik apabila meletakkan kepercayaan kepada barang malah melepaskan kurat dari Allah S.W.T,para wali yang dianugerahi barang mistik,Rasulullah S.A.W pula memakai batu fairuz sebagai pemakaian diri,malah mengakuinya mampu mendatangkan keharmonian kepada empunya milik,jadi siapa yang mendatangkan keharmonian tersebut,,bukankah itu adalah izin dari Allah S.W.T,,jika saudara makan nasi,saudara mengatakan nasi itu memberi kenyang,itu juga mampu megundang syirik!Lahawlawa Quwataillah Billahilalem hilazeem.
Allah Swt berfirman dalam surat Yunus ayat 101.
Katakanlah Ya Muhammad: Perhatikanlah apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Penulis buku itu berkata: perhatikanlah apa yang Allah ciptakan dari bahan tambang [al ma\'adin] dan apa yang keluar darinya, manfaat dan warnanya. Seperti emas, perak, yakut, Zumrud atau zamrud, Basanfasy dan batu yang lainnya.
Lebih lanjut katanya, diantara hikmat penciptaan itu dijelaskan dalam Qs Saba’ ayat 12, al Hadid ayat 25 dan al Zumar ayat 6, al Rahman ayat. 22 – 23. dan ayat 58 serta surat al Waqi’ah ayat 22-23.
Rasulullah bersabda: Siapa yang menggunakan Aqiq akan dipenuhi hajatnya. Gunakanlah aqiq karena kamu tidak akan ditimpa kesusahan selama kamu menggunakannya
(akik adalah batu cincin pemakaian Rasulullah)
ciptaan di bumi yang alami mempunyai daya kekuatan dari Allah S.W.T yang ditetapkan sifat khusus pada jisimnya.
bagaimana saudara hendak mengenali Allah S.W.T jika tidak mengakui akan keindahan ciptaan Alamnya yang banyak menyingkap rahsia perubatan?Saudara bertapak pada Ilmu Tasauf tetapi tidak mengenali pula hakikat dan makrifat,inilah pemikiran jumud yang sering dilanda kebanyakan orang.
adakah saudara berani mengatakan Rasulullah memakai cincin berkhasiat tersebut adalh syirik?Adakah madu memberikan awet muda?adakah akar kayu memberikan kesihatan batin?adakah ubat menyembuhkan manusia?sedangkan itu adalah medium pegantara sebagai ikhtiar hajat memohon kepada Allah S.W.T,,adakah saudara mampu sembuh dari penyakit barah tanpa berubat??ITU MUNAFIK NAMANYA
Jangan mudah menempelak orang lain,Ilmu Allah S.W.T itu luas malah tidak ditandingi 7 lautan,ibarat satu titik mencukupkan segalanya.Carilah ilmu dan berfikiran luas agar tidak jumud InsyaAllah apabila diri tidak terhijab,,maka saudara memperolehi ilmu yang baru
Maaf jika terkasar bahasa,hamba memang kasar orangnya apabila saudara SeIslam sendiri dituduh syirik tanpa menyiasat akar kebenarannya.Tuduhan tersebut boleh terpercik kepada pengamal perubatan.Naumzubillahminzalik
moga sedikit sebanyak persoalan dapat dihuraikan
wallahualam bissawab
terima kasih atas penjelasan
syabas pendekar jawa saya setuju dgan saudara….boleh kita berkenalan saudara…nampak nye ilmu saudara tinggi juga…
ni la dia kolo tok imam masuk website mcm ni -,-
tuan imam ,
dosa antara orang yang syirik dengan dosa orang yang mengantikan kerja2 allah ( spt : menjatuhkan hukum ) mana yang lebih besar?
cool de5, kadang2 manusia tak mengetahui… memang ada manusia yang begitu… Patut kita kena bangga sebab mereka menjaga iman, tetapi pemahaman mereka masih berada di satu lekuk lama…. Itu saja yang perlu kita bantu mereka2 ini
biarlah apa jenispun barangan hikmah seperti ini,yang salah bukan benda tu tapi yang salah akidah kita yang yakin pada benda tu boleh memberi kesan.akidah kene mantap bro,bila dah mantap pakai la barang hikmah apa pun hati tetap kata Allah Maha Hebat
Assalamualaikum pakcik ….apa khabar…ni nak tanya Geliga ikan tu pakcik punya ke…?boleh dimaharkan ke saya buat memancing ikan.
tak lah, bukan pak cik nya.. tapi ada je amalan untuk penarik ikan… nak ke?
Semua nya tewas baik amalan penganyir ikan mahupun teknik pancing sekarang yg mahunya Geliga ke atau permohonan alam ghaib untuk dapat kan nye…Geliga ikan
boleh konsgi tak amalan untuk penarik ikan tu?saya ni gila pancing la kata kan…
boleh, tak de hal
Sepasang geliga lipan asli ( betina-kuning )untuk dimaharkan.
* SERIUS BUYER ONLY!!!
RM 2 000 000 Mato;-017-9124751
URL untuk melihat video geliga lipan ini:-
http://www.youtube.com/watch?v=MGTIZulyogk
MAKLUMAN!!!
** Masih belum tembus pandang
** Masih belum kebal
++ Masih belum halimunan
Menurut pemilik asal geliga lipan ini(ayah saya), geliga ini sepasang dan
diberikan oleh suku kaum banjar semasa beliau masuk hutan di Sabah puluhan
tahun dahulu.
Beliau juga tidak arif dengan khasiat geliga lipan ini, sekadar disimpan rapi
sebagai koleksi peribadi dan bagi mengingati kaum banjar Sabah shj.
Dari Jabir r.a katanya rasulullah s.a.w bersabda:”Peliharalah hartamu
baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang yang diberi suatu
pemberian maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila
dia meninggal menjadi milik keturunannya.”
Sebarang pertanyaan dan untuk lihat sendiri batu sila hal0o hal0o saya, boleh
datang lihat (Area Kota Bharu Shj)
PERHATIAN KHAS!!
* kepada sesiapa yang arif boleh datang lihat dan test sendiri untuk
kepastian.
(hanya jauhari mengenal manikam)
* pemilik tidak arif dengan khasiat geliga ini jadi tiada sebarang kepastian
mengenai TEMBUS PANDANG ATAU KEBAL MAHUPUN HALIMUNAN.
* Batu geliga ini sama sekali tidak dibenarkan untuk di bawa dan di uji oleh
pembeli di tempat lain tanpa kehadiran pemilik ( di bawa balik untuk test
dahulu sebelum pembayaran )
* Segala urusan pindah milik / pembayaran adalah mengikut terma & syarat yang
telah dipersetujui kedua-dua pihak.
(urusan ini akan dibuat oleh peguam lantikan khas)
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan
tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan
Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya.”
salam,biasa yg kita dengar geliga lipan tembus pandang adalah 1-10 juta.
Namun tidak tembus pandang agak kurang logik untuk diletak nilai sedemikian kerana nilainya tidak setinggi tembus pandang.Harga tersebut boleh mendatangkan fitnah atau tohmahan pihak yang mendengarnya.
hamba mempunyai geliga lipan asli sudah matang,tidak sampai ratus ribu mahupun juta.
http://baranganmistik.wordpress.com
salam, pakcik, saya ingin tau sgt pasal besi kursani, salunya harga utk besi kursani sebsar batu cincin rm berapa ye.. warna besi kursani ni berwarna silver ke..
owh, yoge boleh tengok sapa2 yang dah teraktif besi kursani ni kat bahagian komen, rasa2nya ada orang tawarkan diri kat sesapa yang nak aktifkan besi kursani ni.. Cuba cek balik. Sebab dia buat free je
wak… minta dikongsi ayat2 yg sesuai untuk memancing…
pakcik,saye ade 2 biji buntat,mcm batula,warne putih lebam,ade 4 lekuk kecil,batu prtame jmpe hari lain,batu yg ke2 pn hari lain,rupe 2 2 same,batu apetu ye pkcik?nk tanye dukun ktsini xde dukun,doktor cucuk sendiri banyakla
salam
pakcik ada cemati ali, kalau ada jual kpd saya pakcik.untk jaga diri.thanks
tak dak la bro…
selamat malam.saya ada dipinjamin teman 2bh batu geliga(lipan)kadang warnanya kuning kadang warn bening dan terkadang warna putih susu.apa itu asli ya ?
pak cik da tak ingat la yang asli camne
belum cuba belum tahu..ilmu allah itu luas..
kepada imam khalid..kita jgn menilai org dari luaran saja..biar pakaian lusuh tapi dalaman sapa tahu..
amar makruh nahi mungkar
Bismillahirahmanirahim
Allahuahad, allahusomad
Alhamdulillah
Selawat salam ke atas rasulullAh
As salam…
KX nak cerita sikit jer Allah maha mengetahui
Orang tu kalau bagus jadi jer pakai apa pun ok jer. Mcm kx xjd apapun pasal xminat cuma ambik tau pasal ilmu bagus dituntut dan difahami. Sj jer nyemak komen side huhujan rahmat. Maaf yer