Ayat Untuk Teknik Memancing

Bismillahirrahmanirrahim

teknik memancing

Sedeynya ini hari, pak cik kena showparade. Aduh… apa la nasib., Nasib baik sehari je. Pak cik ditangkap bersalah kerana mempunyai rambut yang panjang. Tak la panjang, cuma tebal je ok….

Disebabkan permintaaan seorang komenter, jadi pak cik pun akan menerangkan mengenai apakah amalan untuk teknik memancing korang. Hari hari korang dok gilap rapala, batang kail la, mata kail korang asah kasi tajam cam pisau la, tapi tak dapat ikan gak…

Bukan rezeki korang la tu.. tak pun korang pancing masa bukan masa ikan dok bersuka ria kot… Ok, kalo ikut teknik memancing edisi pak cik ni, senang je, korang tangkap je ikan dimalam hari. Teknik memancing pak cik ni agak advance tau. Pak cik akan cari kat mana air yang ada bulan terang. confirm banyak giler ikan akan berkumpul. Nak tangkap tu siap cedok pakai gayung je… Hahha… sori sori, saja je nak kongsi dengan korang teknik memancing pak cik.

Teknik memancing dan ayat yang pak cik nak share ngan korang ni memang best. macam magnet wooo… Ikan dari sungai Rajang pun sanggup berenang sampai tempat korang sebab nak makan umpan korang. Ok, over je tu.. hehhe..Tapi gunanya memang untuk tarik ikan la. Jadi, apa tatacara dia tu?

Orait.. ayat untuk teknik memancing adalah :-

  • Tuliskan surah an Nasr pada sebuah kepingan timah, then korang gantung sama dengan mata kail korang, nanti ikan akan datang macam lalat hurung…

Ni semua adalah keyakinan korang sendiril. Kalo korang pun tak yakin, tak jadilah kan. Jadi, teknik memancing ni simple, korang just kena tuliskan surah an Nasr pada kepingan timah. So, da tau kan teknik memancing yang best?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)