bertapa

BERTAPA……..

Salam semua,

Amalan bertapa merupakan antara amalan2 para pendekar silam. Namun, ramai yang cenderung berpendapat yang amalan bertapa ini diragui “kesuciannya”. Persoalannya sekarang, adakah amalan bertapa ini benar2-benar terpesong dari ajaran agama ataupun ianya “bersih” dan diharuskan?

Mengikut dari pengalaman saya sendiri, bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri utk menerima amalan2 kerohanian@kebatinan yang tinggi. Melalui kaedah bertapa,seseorang pesilat itu akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Antaranya;
1. Kesunyian (tinggal keseorang diri dalam tempoh masa tertentu)
2. Ketakutan (ancaman binatang buas)
3. Berlapar (berpuasa pati geni)
4. Gangguan (usikan oleh makhluk2 halus)
5. Kebosanan (hanya berzikir dan solat)

Sepanjang bertapa, pesilat itu akan berlepas diri dari kehidupan harian mereka spt bercakap2, bermain dgn rakan2 @ keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat2 @ mengumpat dsb. Apa yang perlu dibuat hanyalah, berwirid dengan bilangan yg ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), puasa(puasa hajat), muhasabah diri dan melakukan perkara2 yang positif.

Kenapa perlu buat sedemikian rupa? Semestinya kita tidak mampu untuk melakukan amalan2 tersebut jika kita duduk dalam persekitaran sekarang…..dikelilingi oleh keluarga, rakan2, hiburan, televisyen, dsb………

Setelah berjaya mengharunginya, pasti seseorang pesilat itu telah mampu meningkatkan kekuatan jiwa, kesabaran, disiplin diri dan yang terpenting adalah bersedia utk menerima AMANAH ILMU. Harus diingat, kebanyakan amalan2 kebatinan (dalam silat), mempunyai getaran yang amat tinggi, sekiranya kurang persediaan, pastinya tubuh pesilat tidak mampu untuk menampungnya!

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga amalan2 bertapa ini dari sesetengah perguruan silat yang bertujuan utk mendapat dampingan dengan makhluk2 halus. Semoga amalan2 yang khurafat dan syirik spt ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About mejar akmal

sapa da soalan leh antaq msj kat no ni 0175573321 klu da lama sya x online