Kenapa Kena Tahan Nafas?

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ni pak cik nak story sikit pasal kenapa kena tahan nafas? Tahan nafas? Nak wat pe, buat sakit dada je.. Sesak je.. Sebelum pak cik direct terus kepada sebab dia, ada orang tanya pak cik, apsal pakai “pak cik” padahal umur baru 22 je.. Apa ada hal… saja je.. sebab nama pena je… Tak tau nak letak apa..

Kenapa setiap kali nak membaca sesuatu asma ataupun lagi senang baca al QUran kena tahan nafas? Apa signifikannya? Penat woo tahan nafas ni.. Kalo baca dalam keadaan bernafas kan senang, boleh baca lagi panjang.

Bila kita tahan nafas ketika membaca asma ataupun ayat AL Quran, sebenarnya ianya cuba untuk mewujudkan satu resonansi gelombang hati yang tinggi. Resonansi gelombang ni penting untuk menjemput khasiat khasiat daripada apa pengamalan yang cuba korang untuk kejar atau dapatkan ..

Tapi, apa yang paling penting, resonansi hati ni amat penting kerana gelombang ini mampu untuk membuatkan satu persekitaran tenang dan hati yang lapang. Apabila hati dah lapang, ini  bermakna di dalam hati tersebut telah berjaya diisi dengan cahaya cahaya asma ataupun ayat Al Quran tersebut.

Apabila cahaya cahaya pengamalan telahpun memenuhi ruang di dalam hati, maka secara tidak langsung, efek ataupun tenaga asma ataupun pengamalan dengan mudah mampu untuk diresap kedalam diri.. Itulah pentingnya untuk menahan nafas..

Nanti korang cari la sendiri ilmu nafas.. Memang best belajar ilmu nafas. Sampai sekarang pak cik tengah mencari pasal ilmu nafas. Belajar, belajar jugak… yang sesak nafas, tok se la yo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)