khadam ayatul kursi

assalamualaikum semua
harini terbaca lam my kitab ada sal ilmu khadam ayat qasa cam best ja so arini ana nak post pasal khadam ayatul kursi

KHADAM AYATUL KURSI
Bagi seseorang yang menghadapi sesuatu perkara yang meragukan, atau menakutkan sedang dia tidak tahu buruk baiknya dan tiada menemui penyelesaian daripadanya, lalu ingin mendapatkan pertolongan khadam Ayatul Kursi bagi menyelesaikan perkara tersebut. Maka, serulah khadam tersebut untuk memberi pertolongan atau menerangkan kepada anda. Insya-Allah, anda akan menemuinya di dalam tidur anda.

Cara untuk menyeru khadam Ayatul Kursi adalah seperti berikut:
Selepas sembahyang Isya (bila-bila masa), hendaklah anda bersembahyang 2 rakaat (sembahyang Hajat). Setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Ayatul Kursi 21 kali, Surah Inna an-zalnahu 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-Naas 1 kali. Pada rakaat ke-2 lakukanlah bacaan serupa. Apabila selesai membaca salam, bacalah salawat 11 kali dan Al-Fatihah 1 kali dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ambia dan as-salihin serta malaikat-malaikat Al-Muqarrabin dan musliminmuslimat sekalian. Kemudian, serulah dengan seruan berikut: “Ya Allah, Ya Tuhan kami, hambaMu bersempena dengan kalamMu yang qadim. HambaMu memohon diperlihatkan di malam perkara-perkara yang terlindung dan tersembunyi dari pengetahuan hambaMu, perkara-perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku. HambaMu memohon dengan kemurahanMu. Tunjukkanlah kepada hambaMu ini jalan yang benar dan
jalan keluara dalam perkara-perkara yang membimbangkan. Ya Allah, sekiranya perkara itu baik tunjukkan kepada hambaMu teserlah putih atau hijau dan sekiranya merbahaya, jahat, menyusahkan, sia-sia dan tidak berfaedah, tunjukkanlah kepada hambaMu ini dengan terangnya hitam dan merah. Hantarkanlah kepada hambaMu khadam yang mulia ini bertugas dengan seberapa segera. Wa sallallahu ‘ala saiyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wasalam. Wal hamdulillahi rabbil ‘alamin”.

Ulangi seruan di atas berkali-kali dengan penuh yakin diperkenankan. Lakukan dengan sempurna seorang diri. Insya-Allah, khadam Ayatul Kursi akan datang di dalam tidur anda dan menjelaskan apa yang perlu dan menolong sekiranya diminta. Sekiranya dia tiada datang, amalkan lagi pada malam-malam yang seterusnya sehingga berjaya. Jangan susah kerana dia pasti datang, cuma awal atau akhir bergantung kepada keyakinan dan kekuatan semangat anda sendiri.

Ingat lepas ni nak post pasal ilmu penyejuk api 2 pon klu ada yang nak tau la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About mejar akmal

sapa da soalan leh antaq msj kat no ni 0175573321 klu da lama sya x online