Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Selamat hari isnin semua. Ya, hari isnin memang hari yang sangat memalaskan bagi semua orang yang bekerja. Setelah best best mengulit mimpi menggapai rindu didalam gumpalan comforter yang sejuk sejuk meruap, hari ni kena sarung suar jean, t shirt company nak pie kerja demi sesuap nasi yang halal.
So, jangan secure secure aaa. Nanti gaji korang tak best lak. Ok, kali ni pak cik akan ceritakan pasal kisah sebelum kewujudan nabi Adam AS. Kalo korang baca Surah Al Baqarah, ada pasal pertanyaan Malaikat mengenai makhluk Adam yang sebelum ni da melakukan kerosakan di muka bumi. Nampak? Itu bermakna ada hidupan lain selain Adam AS yang wujud kat dunia ni.
Korang kenal Iblis? Ala, yang da janji untuk menyesatkan korang selama-lamanya. Iblis ni adalah manusia hibrid. Dulu, manusia sebelum Adam, memang primitif, tak mau bersatu dan tak percaya pada ketuhanan, So, kerja diorang asyik berperang je kat muka bumi ni. Hinggakan, perang tu disertai oleh Para Malaikat. Habis hancur bumi masa tu,.. rata beb cam padang jarak padang tekukur.
Kemudian, para Malaikat ada nampak sorang budak kecik tengah dok melangut2 menangis cari mak ayah dia selepas bumi diratakan disebabkan perang. So, malaikat pun amik budak tu naik ke langit. Budak tu lah Azazil.
Azazil memang hebat .. Dia jadi abid yang paling kuat beribadat ngalahkan Malaikat. Sampaikan doa azazil ni hampir tak tertolak dek disebabkan keSolehan dia. Malaikat sendiri pun mintak azazil doakan sesuatu. Nak dijadikan cite, ALLAH taala da beritahu da yang Dia akan mula mencipta Adam, satu lagi manusia. Masa tu, ada gossip pasal akan turun bala dikalangan para Malaikat. Punyalah kalut masa tu, semua malaikat minta Azazil tolong berdoa agar dilindungi daripada kekalutan tu.
Azazil lupa untuk mendoakan dirinya sama. Jadi, masa boneka Adam tu dalam keadaaan mentah, azazil sentuh boneka tersebut. Nak tau kat mana kesan dia sentuh? Tu, lekuk atas mulut korang, bawah hidung tu. Itulah sumber yang mana korang diserap ego sebegitu tinggi macam Azazil.
Azazil engkar mendengar arahan ALLAH untuk tunduk sujud, lalu dia dibuang dengan hina dari Syurga….
Begitulah ceritanya.. Panjang sebenarnya.. tapi penat pak cik nak tulis balik. Citer ni adalah hasil daripada meraga Sukma seseorang lalu diceritakan semula. Dan pak cik pun ceritakan pada korang.





assalammualaikum. bukankah azazil itu berbangsa jin?
Nyatakan sumber boleh tak Amirul ? nanti pak ck cuba compare “:)
just share…dalam al-quran surah al-kahfi ayat 50 – Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam” lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
dan aku pun membacanya…
chek kt blog nie..sy da lme dah bce..best la..
http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/
solehh ke cte niii?? ataw sekadar rekaan semaata2..
tak tahu
Wow sampai malaikat pun join perang … mmg hebat la :O
ha, hebat kan…
Assalamualaikum.
Ada tak lagi cerita about the people before Adam a.s?
ada, nanti ada kelapangan pak cik ceritakan lagi
Salam, bukankah Azazil itu diperbuat daripada api?
di mane langit ke tujuh? saya nak test pergi haha mesti banyk malaikat kat sana ek. gerenti kene sebat gan malaikat sbb bnyk dose. haha
langit ke tujuh tu limit ketua malaikat beb..
bkn ke manusia pertama 2 Nabi Adam ke??
ad sumber ke nih?
ni kan cerita orang hikmah, kita cuma baca dan dengar sahaja, jgan percaya ataupun tak percaya
nk th lebih lanjut pasal adam sblm adam…ade sesape bole cerita….
TQVM….
yang saya thu seblm adam adalah nur nabi muhammad……adam tercipta dari nur muhammad…..n semua penciptaan langit dan bumi adalah dri nur muhammad…
salam pakcik air force,,,
ada kawan saya cakap Nabi Muhammad S.A.W. telah ada sebelum Nabi Adam A.S. diciptakan. Sebab tu orang cakap Nabi Muhammad awal dan akhir (lupe lak zikir ke selawat ke nasyid). betol kE?,,bley wat research
mungkin tu maknanya Nur Muhammad