Hubungan antara Angka dan Zikir

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Di harap semua kali ni sihat belaka. Post kali ni mungkin pendek je. Mungkin disebabkan pak cik menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh para pengkomen.

Ada orang tanya, “Pak cik, awat lagu ni kena zikir sampai 1000 baru menjadi, lain angka tak jadi ka?. Jawapan dia adalah darjah kekusyukan. Untuk mendapat khusyuk ni payah le sesangat. Memang awal2 kita boleh concentrate, sampai dapat membayangi kalimah ALLAH di hadapan, tapi bape lama boleh bertahan.

Iblis bersumpah untuk kaco kita sampai akhirat, masa tu la dia akan bagi kita terfikir aduh lenguhnya duduk bersila la, teringat men bola petang tadi la, nak tengok kartun la apa la dan sebagainya. Dengan jumlah yang ditetapkan, para penemu zikir percaya bahawa dengan angka sedemikian, mampu menghasilkan satu amaun kekhusyukan yang diperlukan untuk unlock sesuatu khasiat.

Kira camni la. Harga nasi lemak RM 1, nak kena la bayar RM 1. Jadi, kalo nak keselamatan diri, harga dia 1000 kali lafaz zikir, maka bayarlah dengan amaun tersebut.

Bukan apa, darjah kekhusyukan tu yang penting, bukan sifir, tapi kalo baca 10 kali dah mampu menerbitkan keyakinan tahap tinggi, maka teruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)