Pembangkitan 16 Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni hari jumaat woo. Ada sambutan maulidur Rasul. Pak cik harap pak cik tak tidur masa dengar ceramah. Dengar-dengar penceramah bebas. Harap tak bosan la.. Tolong la tak bosan.

Besok la ada Open Day tentera darat. Kalo yang duduk area KL, mai la datang dataran merdeka. Ada macam macam event.. Anjing lompat dalam api.. Keta kebal lenyek budak kadet, Orang gila jatuh dari langit. Pelik woo.. baik korang datang. Bukan senang nak tengok.

Oklah, membebel banyak, hari ni pak cik nak berkongsi tentang satu keilmuan yang dipanggil pembangkitan 16 Malaikat. Ikut korang sebenarnya.. Nak bangkitkan satu malaikat je pun tak pe, 2 ke, 3 ke.. tapi lagi bagus korang bangkitkan 16 malaikat terus. Lagi senang nak tumbang musuh korang

16 Malaikat ni adalah yang telah diberi tugas untuk menjaga tubuh badan manusia. Tengok, seberapa sayang lah ALLAH kat manusia ni, kita je tak pandai nak menghargai ALLAH. Tatacara untuk pengamalan adalah seperti berikut :-

  • Berwuduk
  • Duduk Bersila
  • Dudul atas sejadah dan persekitaran yang bersih

bismillahirrahmannirrahim….

assallammualaikum ibu ku bumi
assaammuaaikum bapak ku langit
adup namanya malam,tajoli namanya siang
hai malaikat 16 yang menjaga batang tubuh ku
JIBRIL MENJAGA NYAWA
MIKAIL MENJAGA RAHASIA
ISROFIL MENJAGA HATI
ISRAIL MENJAGA JANTUNG
UMAR MENJAGA DARAH
USMAN MENJAGA DAGING
ALI MENJAGA TULANG
ABU BAKAR MENJAGA URAT
KUDU MENJAGA SENDI
KIDAM MENJAGA SELERANG
DEROJA MENJAGA BULU ROMA
KOMPEH MENJAGA KULIT
KIROMAN MENJAGA OTAK
KATIBIN MENJAGA BONAK
AKAD MENJAGA LENDIR
MUKKORROBIN MENJAGA LEMAK

NUKUF ALLAH NUKUF MUHAMMAD LAHUMUL ALFATEHA…..(kirimkan alfateha 3 x,boleh juga sebanyak yg kita mampu)

Bawah ni pulak adalah titik2 dimana organ tu terletak :-

-NYAWA titik tumpunya di UBUN UBUN/UYENG UYENG (bhsa jawa)
-RAHASIA titik tumpunya di MATA
-HATI titik tumpunya di DADA (tengah antara 2 susu)
-JANTUNG titik tumpunya di UJUNG DADA (di bawah sedikit titik dada)
-DARAH titik tumpunya di SIDIK JARI TELUNJUK KANAN
-DAGING titik tumpunya di ATAS KELAMIN (cakra solar bhsa tenaga dalam)
TULANG titik tumpunya di TULANG RUSUK BELAKANG (sepanjang tulang rusuk)
-URAT titik tumpunya di NADI TANGAN KANAN
-SENDI titik tumpunya di DENGKUL KAKI
-SELERANG titik tumpunya PANDANGI BAYANG BAYANG TUBUH KITA SENDIRI
-BULU ROMA titik tumpunya di BULU TANGAN
-KULIT titik tumpunya di PIPI/WAJAH SEBELAH KANAN
-OTAK titik tumpunya di KENING DEPAN
-BONAK titik tumpunya di BELAKANG KEPALA (OTAK BESAR )
-LENDIR titik tumpunya di LOBANG HIDUNG SEBELAH KANAN
-LEMAK titik tumpunya di PINGGANG PERUT KANAN.

Jadi, korang bangkitkan lah satu-satu. Cara nak bangkitkan camni.. Konon pak cik pilih”urat”. Cara pembangkitan begini : Hai malaikat 16 yang menjaga tubuhku, Abu Bakar menjaga Urat, Nukuf ALLAH, Nukuf Muhammad Lahumul Al Fatihah. Al fatihah dibaca minimum 3 kali, lebih takpe.

Ok, ikut contoh kat atas, kita nak bangkitkan Malaikat Abu Bakar, so, tengok pulak kat jadual titik anggota Urat, iaitu Nadi tangan kanan. Tekan kawasan tersebut dengan ibu jari dengan kuat, kemudian tarik kebelakang sikit. Lakukan perkara ni selama mana kita sedang membaca al-Fatihah..

Ok, apa yang korang akan rasa untuk tahu dah aktif ke belum? Mudah je. Badan korang akan terasa hangat-hangat. Seterusnya kita beranjak ke cara penggunaan. Tarik nafas korang sambil menyebut ALLAH dan tahan kemudian di dalam hati, baca “Hai Malaikat Penjaga (..), Ku perintahkan kau(…).  Selepas tu, hembus nafas sebut “Hu”.  Teruskan bernafas keluar masuk hingga objek yang menyerang korang terduduk.

Dah belajar, mesti la nak test, ye tak? Korang boleh test dekat kawan korang. Cuba korang dok sebelah kawan korang, dan laksanakan teknik penggunaan Malaikat 16 ni. Tengok camne kawan korang bila nak bangun dari kerusi diorang. Kalo diorang bangun macam orang mengandung, maknanya susah nak bangun, maknanya dah boleh guna la tu…

Dan, jangan lupa mintak maaf kat member sebab kita test kat dia.. Korang tarik balik Malaikat 16 tu, nanti sian member ko sampai ke sudah jadi camtu. Kalo korang sengaja tak tarik, bahagian malaikat penjaga yang korang guna nak sakitkan dia, korang akan kena balik, Misalan yang korang guna urat, urat korang akan sakit seluruh badan.

Pengaktifan keilmuan bergantung pada diri pengamal. Tips dia senang je, semakin banyak korang buat, semakin cepat korang master ..

Pemalas takkan dapat apa apa :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)