Ilmu Kunci Musuh

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Hari ni hari ahad, sedang pak cik lepak lepak tengok kartun Ben 10, tetiba berbunyi pulak mesej dalam henset pak cik ni. Ya, ringtone dia agak pelik, sesapa dengar mesti sakit hati, tapi pak cik je sukati.

So, pak cik pun tengok.. owh, ni mesti budak tu.. Tengok2 mesej, dia cakap orang dengki kat dia ngan keluarga dia, pastu suka buli dia la apa la. So, dia mintak kat pak cik ilmu kunci. Pak cik pun cari la balik mana amalan nak kunci musuh ni. Pak cik godek wongalus, jumpa satu, harap korang boleh la amal bersama.

Ilmu kunci ni guna huruf nurraniyah., hanya akan memberi efek berdasarkan niat si musuh tu sendiri. Musuh akan terkunci dan kaku, tak leh gerak, ibarat patung baju kat shopping complex.. Malah lebih teruk, musuh boleh mati, ilmu ini telahpun diijazahkan oleh Freedo Abdullah.

Tatacara :-

  • Bismillahirrahmanirrahim
  • Kaf :- tutup jari kelinking
  • Ha :- Tutup jari manis
  • Ya :- Jari hantu
  • Ain :- Jari telunjuk
  • Shod :- Ibu jari

Bila da gengam semua, baca ayat kat bawah ni dalam hati niat terhadap musuh tersebut :-

Tertutup-terkunci,

tiada engkau bersifat kudrat

lemah uratmu

hancur tulang

berkat doa Lailaha Illa ALLAH

berkat doa anna muhammadan rasulullah

Tapi, ko jangan lak nak test2 kunci kat orang yang takde kena mengena. Mana la tau, korang gaduh rebut jajan ngan adik ko umur 3 tahun, ko kunci dia, mau kaku budak tu, sapa yg susah. Dan Freedo Abdullah cakap, dia takkan redho kepada sesiapa yang guna ilmu ni untuk kejahatan… Dengar tu…eh silap, baca tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  
Tags:

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)