Ijazah Umum dan Ijazah Khusus


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Harap korang semua sihat sihat belaka. Mohon maaf pak cik ucapkan sebab lama tak post, sebab pak cik sebuk periksa ngan Projek Sarjana Muda Akhir pak cik. Jadi, tak berkesempatan nak melihat blog ni

Alhamdulillah, sujud syukur pak cik pada ALLAH, kerana selama pak cik berblogging pasal ilmu ghaib, ada yang hubungi pak cik, ucap terima kasih, sebab akhirnya sekarang ni dia da kawin da ngan bf dia. Tahniah pak cik ucapkan. Ada juga seorang dari Sabah kol, ucapkan terima kasih kerana sekarang ni syarikat dia menunjukkan kemajuan. Syukur, syukur, syukur Tuhan kerana menjadikan aku sebagai salah satu rantaian usaha mereka untuk sampai pada kepada rahmat Mu Tuhan

Sekiranya ada yang korang tak paham, email la pak cik kat tenteraangin@gmail.com. Insya ALLAH, pak cik akan jawab melalui pemahaman, sekarang ni kat bahagian komen banyak sangat komen orang inggeris.. Diorang suka kot kat blog pak cik nie :)…

Hari ni kita akan berkongsi lagi mengenai ijazah umum dan ijazah khusus. Pak cik baru je habis baca kitab hakikat insan bab Guru Mursyid. Jadi, sekiranya korang ingin berguru, dan untuk mengenali guru mursyid ni senang je, mereka ni takkan pernah tinggalkan syariat yang mana merupakan base kepada ilmu Islam. jika hancur baseline ni, segala tingkat yang kat atas tu cam Haq, Makrifat, Tarikat akan runtuh. Jika korang berguru, tetiba je guru korang buat pelik, contoh tak perlu puasa dsb, yakni perkara yang melanggar syariat.. Nasihat pak cik korang tutup telinga dan berlari sejauh mungkin.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang merupakan darjat tertinggi di sebelah ALLAH, hatta nama baginda diletakkan sebaris dalam kalimah Syahadah pun berpuasa, bersolat dan sebagainya. Tu pasal sebelum korang mengaji perguruan tarikat dan hikmah, digalakkan korang faham fekah 4 mazhab supaya korang tak kena kelentong. Kenapa kena paham fekah 4 mazhab? takut nanti diorang auta korang cakap, Owh style solat ni Imam Hambali punya mazhab, padahal takde langsung pun dalam 4 mazhab paling popular.

Bila korang dah jumpa Guru Mursyid, diorang akan guide korang dalam pembelajaran ilmu Hikmah. masa ni la turunnya perkataan ijazah yang jadi perdebatan sampai sekarang. Ijazah adalah penting sebab ia ibarat peperiksaan kepada murid tersebut. Terdapat 2 jenis ijazah, iaitu ijazah ghaib ataupun ijazah nyata.

Kalo ijazah nyata, maknanya duduk rapat lutut antara guru dan murid kemudian guru yang membuat penilaian terhadap prestasi murid dan mengungkap ijazah keatas murid. Masa tu, mungkin guru mursyid akan kasi touch up terakhir, mungkin dia alirkan ruh zikir, bukak kunci lam atau buka ajna chakra, itu terpulang pada guru tu.

Ijazah kedua pula adalah ijazah ghaib, yang mana Nabi Khidir AS akan berjumpa dalam mimpi. Namun ijazah ghaib ni korang kena kuatkan dengan ijazah nyata. Kiranya ijazah ghaib cuma sebagai petanda bahawa murid tersebut da melepasi tahap tertentu.

Seterusnya bagaimana kita nak mengetahui susur jalur sesebuah perguruan itu adalah benar dan hak? Mudah je, kita tengok susur tawassul. Kenapa perlu tawassul ? Kerana tawassul adalah jalan untuk penyaluran doa terus kepada ALLAH Taala. Kita masukkan dalam keadaan realiti. Nak hantar surat kat Menteri, kena la hantar kat posmen, pastu posmen hantar kat jabatan perdana menteri, then, ditapis, pergi ke sekretari, kemudia baru ke Perdana Menteri.

Ingat, tawassul merupakan salah satu cara untuk doa menembus pintu pintu langit. Masa doa di angkat ke langit, maka masa tu doa akan difilter sebab masa doa terangkat, masa tu la ada selut hitam turut sama melekat dalam doa, sebab tu bila rahmat nak turun berdasarkan permintaan doa, jadi Pending sebab ada lekit hitam kat diri. Rahmat itu cahaya, dan tak mungkin rahmat nak bersatu dengan kegelapan.

Sebab tu bila meminta pada ALLAH, perlu untuk kita meminta ampun dan maaf. Ok, jauh pergi ni. Lupa lak , ok da cek susur galur tawassul, mestilah dari Orang Soleh, kemudian kepada Para Wali, kemudian melalui Para Malaikat, kemudian kepada para sahabat dan akhirnya kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya Nabi SAW yg akan melepaskan doa itu terus kepada Rabb Izzah.

Sekiranya pengamalan hikmah tidak diceritakan atau pun terputus daripada mana2 elemen yang dinyatakan, sahlah bahawa pengamalan tersebut akhirnya akan menyimpang ke dasar kesesatan.

Pak cik harap, post panjang hari ini dapat tebus kesalahan pak cik sebab lama tak update :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)