Ilmu Pukulan Kilat

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang sebuah keilmuan offensive yang dipanggil ilmu pukulan kilat.
Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan ilmu ni, akan mempunyai teknik tumbukan yang memberikan impak yang cukup hebat kat sesapa yang melawannya.

Biasanya, siapa2 yang terkena ni akan mengalami satu pendarahan dalaman yang agak serius. Oleh itu, berhati2 gunakan dia. Jangan setakat marah stoking hilang sebelah, tuduh2 member amik, pastu nak belasah member ngan ilmu pukulan kilat. Haa, tu da salah guna da tu. Ingat atas langit masih ada langit.

Kenapa dipanggil ilmu pukulan kilat.? Sebab dalam tatacara ni, memerlukan korang menangkap cahaya blitz2 yang korang nampak masa korang tutup mata. Bukan tangkap betul, cuma makrifatkan je ok :).

Nah inilah tatacaranya. Bismillah

TABITI TABILA USRI USRO TUMPU TANAH SARI BAGINDA ALI HAK

Amalkan selama 7 hari berturut2 bermula dari malam jumaat. Caranya adalah baca mantera kat atas ni sebanya tujuh kali dan tangkap cahaya2 yang korang nampak, kemudian gosok dua2 tapak tangan korang sampai panas, pastu kepalkan satu tangan jadi penumbuk dan asah asah penumbuk tu macam pisau. Asah sampai terasa panas.

Bila korang nak guna je, tarik nafas, baca mantera sekali dan tumbuk kawan ko yang curi stoking tu sambil membentak “HA”

Pastu, dia lak belajar ilmu ni, dia tumbuk lak ko kat bontot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)