Cara Untuk Mengesan Diri Diikuti Makhluk Halus

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, masih lagi kita dibulan puasa.. Ramai jugak yang sedang bertarung untuk mendapat ibadat yang berlipat kali ganda dan ramai jugaklah yang bertarung untuk memasak megi di dalam stor kerja. Jadi, yang masak megi tomyam pukul satu tengahari tu renti kan je la yer, da besor manjang haa, pose pun tak penuh penuh ka?.

Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang sebuah tips yang best ler. Terima kasih la kat Ustaz Azrin ni, yang bercerita pasal tips ni. Jadi, secara tak langsung pun, pak cik cerita kat korang. So, yang best adalah Ust. Azrin, pak cik tak best, pak cik hanyalah serangga.

Jadi, camne ek nak tau diri kita telah diescort oleh makhluk halus ni. Mudah je, selalunya jin jin sihir ataupun jin yang tak puas hati ngan kita akan selidik dulu serba sedikit maklumat kita seperti nama mak kita, keluarga kita, adik beradik kita, no kad bank kita, no ic kita, no plat kereta kita, no siri geran tanah dan sebagainya.

  

Diorang ni suka benar mengubah diri diorang sama ada menjadi lalat ataupun gagak hitam. Ala, besenya haiwan2 yang suka pada kekotoran. Kalo diorang tak berubah pun, diorang akan menunggang haiwan2 tu. Jadi, kalo korang terasa yang diri korang telah di escort oleh haiwan2 ni, selalu selalu la pagar diri ya. Pagar diri tu sampai berkilau2 ok ?.

Pak cik pun pernah gak kena gitu. Selalu ada lalat escort pak cik. Tempat tak de lalat pun ada lalat kat pak cik. Pak Cik ingat pak cik busuk, so akhirnya terjawab sude napa ada lalat escort pak cik, ada jin ikut pak cik rupanya. Jangan riso, pak cik dah bagi lalat tu fly trap, ala yang kertas gam tu… Ok, harap hari ni bertambah lagi ilmu kita dan makin rapat kita pada ALLAH.

-PS – Pak cik orang biasa jew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)