Jenis Jenis Ruh

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini pak cik nak berkongsi dengan korang mengenai beberapa jenis ruh yang boleh kita tau. Terima kasih pada Jalan Akhirat untuk info ni. Jadi, pak cik olahkan balik supaya korang faham noo..

Ruh Idofi

Inilah ruh kehidupan kita. Ruh yang buat kita bernyawa. JIka terpisah dengan jasad, itulah mati. Ruh Idofi tetap dalam badan. Sifat nya bercahaya, sejuk yang tenteram, bukan sejuk beku kutub utara. Sapa2 yang da capai Insan Kamil, dia akan nampak dia punya Ruh Idofi itu sendiri.

Ruh Rabbani

Berwarna kuning keemasan, bila kita berjumpa dengan ruh rabbani, terputus sudah kemahuan nafsu, membuat kita merasa tenteram, serta tubuh tak merasa apa 2.

Ruh Rohani

Ruh inilah yang membentuk perilaku kita. RUh ni lah yang menjadi faktor perbuatan baik dan buruk, yang menepati sifat nafsu yang mempunyai empat tingkat iaitu, Lawwamah, Amarah, Mutmainnah, Suffiyyah. Jika tercabut ruh ruhani, maka manusia tersebut akan tak bernafsu. Maka, sentiasalah menjaga ruh ruhani dengan baik.

Ruh Nurani

Ruh ini ruh bercahaya, hilang ruh ini, gelap lah hati. Ruh ini akan muncul apabila ruh ruhani telah mencapai tahapan nafsu mutmainnah. Jiwa mereka yang mempunyai ruh nurani ni, banyak diam, tak ragu2 dalam memutuskan sesuatu, air muka nya bercahaya.

Ruh Kudus

Ruh ini mempengaruhi seseorang dalam membuat kebajikan terhadap manusia lain.

  

Ruh Rahmani

Ruh ini merupakan ruh yang mempengaruhi komunikasi antara manusia dengan makhluk, kiranya dalam aspek sosial la.

Ruh Jasmani

Menguasai urat dan darah manusia. Dengan adanya ruh jasmani, segala panca indera manusia akan aktif seperti sakit, gembira sedih melihat mendengar dan sebagainya. Ia berwarna merah. Mungkin orang yang amal ilmu kebal ni dapat tarik ruh jasmani diorang kot, sebab tu diorang tak de deria rasa.

Ruh Nabati

Ruh ini mengawal pertumbuhan badan korang. Kira tumbesaran badan adalah dibawah jagaan ruh nabati

Ruh Rewani

Ruh inilah yang akan keluar dari badan korang ketika korang tidur. Kalo mimpi terjumpa mana2 arwah, itu adalah ruh rewani yang menjumpai arwah. Ruh rewani mengendalikan otak manusia.

Huh, berat gak topik ni.. apa2 selamat beramal ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)