Aneh dan Ajaibnya Air Zam Zam

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi degnan korang mengenai beberapa khasiat dan cerita cerita pelik yang kita akan dengar mengenai air zam zam. Mungkin juga korang pernah dengar, mungkin juga ada yang tak pernah mendengar.

Ok, seperti mana yang kita tau, air zam zam ni berada di Mekah, satu tempat yang merupakan medan magnet utama yang ada didunia. Andai dipancarkan gelombang laser dari arah Kaabah ke atas, bersepai semua satelit kat angkasa tu.

Antara fakta yang best mengenai air zam zam adalah, mata air ni memancutkan air sebanyak 18 liter perdetik, Fuh yooo, banyak tu, tapi tak pernah pulak air zam zam tu melimpah keluar dari telaga dia kan. Kuasa ALLAH.

Dan air zam zam ni anti kuman. Maknanya tak perlu la korang nak buat reverse osmosis ke, kaedah penyulingan ke, memang air ni dah bersih dan selamat untuk diminum. Selain daripada anti kuman, air zam zam jugak mempunyai kandungan garam yang stabil. Maknanya ia amat sesuai untuk sesiapa yang penat kerjakan haji, terus minum air zam zam ni. Sebab seperti mana yang kita tau, garam memang bagus untuk orang yang penat berjalan jauh.

Ok, sini je lah ye pak cik kongsikan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)