Belajar ilmu-ilmu ghaib secara percuma disini

Kayu Kokka
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi sedikit info mengenai kayu kokka dengan korang. Tiba2 jer pak cik berasa concern untuk mengetahui pasal kayu kokka ni. Apa tu kayu kokka ni?.. Bunyi pun cam koka kola, dan ada yang cakap kayu kokka ni ada khasiat 1001 guna.
Sedang pak cik berjalan2, muncullah seorang bro yang berketayap putih menjergah dari hadapan. Hajat hati ingin sahaj memberikan sepakan sapu angin sedas dua lantaran tindakan beliau boleh membuatkan wanita hamil keguguran anak, walaupun pak cik adalah lelaki dan tak mungkin hamil.
Dengan nada yang agak marah marah geram, pak cik sound brader ketayap, pasal tindakan beliau hampir2 membuatkan beliau termakan beberapa das tumbukan refleks dari pak cik. Bro ketayap mintak maaf dan ingin memperkenalkan pasal tasbih kayu kokka.
Layankan ajer, mula lah bro ketayap pom pang pom pang. Hajat cam nak beli, so, pak cik pun berkata, “Asli tak ni”.. Bro ketayap menjawab “ASLIIII” sambil tunjuk bagus dan menampilkan senyuman menyeringai, yang kalo budak kecik lihat akan kencing malam 3 hari.
Seluk punya seluk poket kiri kanan belakang seluar mencari dompet. Tiada. Negatif. Hati mula dirundung resah. Setan mula menyuntik bahawa bro ketayap ni lah yang mencopek dompet pak cik. Rasa cam tak rasional , camne bro ketayap ni boleh mencopek, so pak cik sepak perspektif setan.
Rupa rupanya pak cik letak dalam beg. Bikin cuak jer. Tak hensem la kalo orang nampak pak cik menggelabah cicak. Sambil keluarkan dompet, pak cik beranggapan, mungkin tasbih kayu kokka ni harga dalam puluhan ringgit sahaja.
Pak cik sedang bukak dompet, dan nyata bro ketayap nampak cemas. Ada peluh dingin di dahi. Mungkin bro ketayap nampak not2 berwarna biru yang banyak dan not berwarna hijau dan merah berselang seli dalam 3 atau 4 helai. Ermm, bape puluh bang?. Kata2 pak cik memecah kebuntuan bro ketayap. “Harga dia ratusan bang”.
Raut wajah bro ketayap agak kecewa. Pasti dalam hati dia berkata, syit, sengkek punya orang. Dia sudah tau harapan dia untuk menjual agak tipis kerana dapat melihat not biru mendominasi lebih banyak dari not merah.
Pak cik tak sempat berkata apa2, bro ketayap segera membungkus barangan dia, sambil merampas tasbih kokka tu dari tangan pak cik. Asal mula personaliti yang agak sopan, diakhiri dengan kekurangan ajar beliau.
Dalam hati pak cik menjerit.. TUNGGU la aku kaya nanti, ngan ko2 sekali aku beli la woi… Menjerit dalam hati je la, takkan nak jerit kat tengah2 Bazaar Melayu tu kan. Malu la saya nanti.
| Print article | This entry was posted by tenteraangin on January 14, 2012 at 3:53 pm, and is filed under Info Agama. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |










about 4 months ago
Saya nak tanya pakcik apa kelebihan pula raja kayu ni? Ada sowg pak aji ni bagi kat saya,katanya ambil dekat gunung jerai
about 4 months ago
lau pakcik nak beli yg ori , pakcik cari kat http://www.darulnuman.com – no pej – 0326912645 – no h/p – 019 23 786 00 .
tq
about 4 months ago
terima kasih kazz
about 4 months ago
eh kan untaz ada ilmu yg poket tak kring tu takan ta cukup nak bli kayu tu ilmu untuk lariskan perniagaan yg kena sabotaj ngan sihir tana kubo ada tak