Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni, Zul Kapan berkongsi lagi satu keilmuan yang dia ada. Terima kasih kat dia skang :) . Bawah ni adalah pak cik copy paste dari emel.

Seperti yang saya janjikan dulu, di sini ingin saya berkongsi satu lagi keilmuan. .Keilmuan ini bernama BADIK SAKTI dan berbentuk perubatan menggunakan medium badik sebagai alatnya. .Tetapi sebelum boleh digunakan, badik tersebut hendaklah dibuat pengisian terlebih dahulu. .

Cara membuat pengisiannya :

Bacalah surah Yassin pada badik itu sebanyak 7x dan dengan doa :

YA ALLAH, YA TUHANKU. SALURKANLAH HIKMAH-HIKMAH YASIN KEDALAM BADIK INI AGAR MENJADI PERUBATAN YANG KUAT DAN SEMPURNA.

Selesai amalannya, badik tersebut sudah siap untuk digunakan. .

Cara-cara Menggunakannya:

1- Badik tersebut hendaklah dicucuk (Jangan terlalu kuat kerana dikhuatiri akan melukan pesakit)
2- Mohonlah agar penyakit yang ada pada tubuh pesakit akan meresap masuk ke dalam badik tersebut. .

Peringatan :
Biasanya pesakit akan merasa sakit ketika dicucuk pada tempat-tempat tertentu sahaja. .Ini menandakan bahawa tempat yang sakit itu telah dikuasai oleh sihir ataupun adanya gangguan iblis / syaitan. .Peramat hendaklah mengimaginasikan bahawa ia dapat menarik keluar iblis atau penyakit itu dengan cara menyedut nafas ketika pesakit merasa sakit disaat badik disentuh pada tubuhnya. .Buanglah nafas tersebut dengan keras DAN JANGAN SESEKALI MENELANNYA kerana penyakit dari tubuh pesakit boleh meresap masuk ke dalam tubuh perawat pula. .

Nota : Mereka yang berminat mengamalkannya bolehlah melakukan ritual menerima ilmu dari guru seperti yang telah dipostingkan di dalam posting saya yang sebelumnya ( Isiman Besi Khursani). .

Salam Ukhwah. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...