Ilmu Pasung

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. So, ucapkan lah Alhamdulillah sebanyak yang mungkin dalam setiap hari tanda kita syukur dan sentiasa redha atas pemberian ALLAH. Mereka yang tidak melazimkan perkataan ni, akan mendidik hati korang jadi tak redha dan tak puas apa yang korang ada.

Kalo camtu camne nak bersifat qanaah kan?., Masa ni korang mulalah nak dengki member korang yang baru beli satria second hand korang tabur paku atas jalan, yang baru naik pangkat dari kuli jadi kerani pun korang tak puas hati, orang kedai silap bagi baki lebih kat member korang pun korang da mula resah.

Dah2, jangan jadi camtu ok? Jadilah seorang yang bersyukur, dan ALLAH akan mula tambahkan lagi korang punya nikmat.

Hari ni, pak cik nak kongsi lagi ngan korang satu ilmu yang dinamakan ilmu pasung. Sama je ngan versi ilmu ilmu kunci yang lain. Tapi yang ni tengok cam takde riyadhoh je, cuma penjazaman seumur hidup la. Ok kat bawah ni adalah cara dia. Terima kasih kat ilmukebatinanmelayu atas artikel ni

 

  
Ilmu Pasung
=========
Ilmu Pasung , panggilan gelaran kepada Ilmu yang mengunci pergerakan musush samada berhadapan mahupun penceroboh rumah kita. Bahasa mudahnya , mengunci pergerakan musuh atau pengkhianat
Ayat Ilmu Pasung
============
Bismillah……………….
Ya Haq Zat Sifat Alif
Asal Usul dari Setitik
Aku Didalam Kalimah LAM ALIF
Dengan Berkat Kalimah
ALIF LAM LAM HA’
Ayat ini dibaca sebelum keluar rumah, yang mana bermulanya bacaan ini hanya selepas sebelah kaki kanan melepasi bendul pintu, dan seterusnya habiskan bacaan selepas itu sambil berjalan keluar atau menaiki kenderaan
Petuanya, sambil membaca gengamkan ibu jari tangan kanan sambil berniat musuh terkunci pasung seperti mananya ibu jari terpasung didalam gengaman. Lepaskan ibu jari setelah hanya lengkap habis bacaan ayat pasung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)