Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kobis atau bahasa saintifik nya, korbiska sedapista adalah sebuah makanan yang tergolong daripada sayur yang berwarna hijau tapi kadang2 berwarna kuning kalau dimakan ulat. Oleh itu belilah kobis yang berwarna hijau kerana ia lebih sihat dan ranggi.
Jadi, jika korang telah menghabiskan masa untuk membaca perenggan pertama, sila abaikan, kerana tiada faedah langsung. Pak cik membongak je tu. Tapi intipati hari ini adalah pak cik nak bercakap mengenai pentingnya makan sayur sayuran dalam peribadatan zikir kita.
Korang perasan tak, betapa pentingnya buah buahan, sayuran2 ataupun apa apa pun tanaman banyak disebutkan sebagai makanan syurga dan kurang sikit cakap pasal daging. Al Quran jarang sekali berkalam megenai isi nugget ataupun isi tempura. Yang banyak adalah tanaman seperti zaitun dan tin.
Napa ya ?. Mengikut kajian saintifik (kali ni tak bohong punya ) makanan berunsurkan tumbuhan ni sangat membantu dalam proses penghadaman. Nabi SAW pernah berkata perut merupakan gudang penyakit. Dan makanan2 tumbuhan ni lah yang menghadamkan segala penyakit tak betul tu. Dan bila sakit takde , perut sihat, maka seluruh badan pun sihat.
Jadi, sekiranya badan dah sihat, maka mudahlah untuk kita berzikir dan kurang mengantuk. So kita telah diajar supaya makan buah dahulu sebelum makan rendang tok salut ketupat inti coklat.
Ramai dalam kalangan ulamak2 tarikat sebelum mereka memulakan amalan pada malam hari, mereka akan mengelak daripada mengambil makanan bernyawa dan hanya makan makanan yang berunsurkan tumbuhan. Jadi, makan banyak2 lobak yo, supaya mata ekau suma torang cam X Men.





pandai2 ajo pokcik bubuh namo saintifik berkonaan…hehhehe….tapi mmg betullah pakcik…sebab org-org barat baru kembali mengamalkan petua2 daripada ZEn tao dan sebagainya….tu yg jadi vegetarian,vegan dan seangkatan dengan nya….kata diaorg akan lebih rasa spiritual…tapi opkos la Islam tu diranking yang atas skali….eheheh