Ayat Pereda Gelisah

Bismillahirrahmanirrahim

Gelisah Hingga Menggigit Jari

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Nun disini, riuh dengan bunyi jet pejuang melintasi kota daerah Kuantan, kedengaran letupan bom bom asap diselangi asap warna warni memakukan lagi orang orang di kem sini. Terdengar beberapa koperal dan sarjan memekik melolong memberi arahan kepada anak buah. Tak kurang jugak pak pak lebai yang memekik melolong marah sebab jet pejuang da kasi gegar bumbung rumah diorang.

Adoi la, pak cik nak tido , boleh la diorang set letupan. Tau la kat gudang tu berlambak bom, tu la, len kali bagi pak cik sedozen, boleh pak cik men masa hari raya itu ari. Kalo korang nak tengok gimik air force buat operasi, datang la besok, menteri pertahanan datang, padat lagi la Kem Kuantan ni.

Jadi, hari ni pak cik nak berkongsi ilmu lagi dengan korang. Setelah meninggalkan blog ni selama seminggu disebabkan banyak komitmen yang sedang dilakukan, jadi molek lah pak cik login lantaran banyak dah komen yang pak cik tak jawab. Siap ada bagi kad raya isi sinis lagi cakap blog pak cik ada labah2 tengah makan rama-rama.

Ayat pereda gelisah ?. Ya, dalam hidup korang mesti lah pernah merasa gelisah, resah dan sengsara. Kebimbangan korang ni sampai membuatkan korang rasa tak senang hati, diri asyik termenung , muram suram, nampak mendung di muka. Tak best. Orang tengok pun sayu je. Siap bagi sedekah lagi.

Ada pulak yang jenis bimbang tahap ekstrem. Misalan bimbang nak jawab exam, sampai sanggup buat toyol masuk dewan peksa. Apa la, pegi la belajar, bimbang benda tu pulak. Tapi nasihat pak cik, gagal periksa bukan gagal segalanya.

Jadi, inilah ayat pereda gelisah. Sekiranya kita tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku akan datang, dan banyak sangat jangkaan sampai tak tau jangkaan mana satu yang korang terpaksa pilih. Ibarat nak pilih pegi KL ikut jalan lama ke jalan highway. Korang terpaksa pikir kalo lalu highway kena bayar tol, terpaksa lepak makan Mc D, ego tercabar sebab Kancil convert Mira potong korang. Tak pe, ikut cakap pak cik, amal lah ayat bawah ni.

Andai korang rasa gelisah , katakanlah

“Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil ” Cukuplah ALLAH sebagai Wakil.

- Sesungguhnya, amalan ni sangat berguna bagi pak cik. -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)