Bercerita Perihal Pukau

terBismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Adakah engkorang masih lagi dalam mode untuk beraya ?. Masih lagi memakai baju melayu bersamping serta bertanjak laksana seorang hulubalang. Ataupun masih lagi berjalan kehulur ke hilir sambil memegang beberapa batang bunga api ?.

Udah ler tu. Abis la raya mengkeme sume. Moh ler kita bekerja balik demi diri kita sendiri ataupun keluarga kita sendiri. Abiskan la cepat2 mercun korang tu. Baling je dalam unggun api, biar diorang meletup serentak . Nasib tak baik, ada la sebiji dua melantun balik kat arah korang. Hehehehe.

Hari ni kita nak bercerita sikit pasal ilmu pukau. Syok woo ilmu pukau, yang dipukau lak tak akan berasa syok la sebab telah dipermainkan minda. Ilmu pukau ni kalo kat mesir da selalu da diorang buat. Biasanya diorang akan amik sepotong ayat dari Al Quran kemudian merapal2 daun pokok kurma. Diorang tenung si mangsa dan bacakan beberapa potong ayat dan tap, si mangsa pun terkena.

  

Biasanya kat mesir terjadi masa nak buat tukaran wang asing. Diorang ni suka sangat nak menipu. Tu yang tak best nya orang mesir ni, kuat menipu, kuat cekik, kuat gadoh. Tapi tak semua yang perangai gile camni. Tu pasal si dipukau kena, bila nak tukar duit dollar ke duit mesir, misalan tukar RM 100, dapat 20 sen mesir jer. Tak ke mental korang. Nak buat tambang bas pun tak lepas.

Biasanya mangsa yang terkena ilmu pukau ni dia akan jadi bingung bingung kejap. Macam korang lepas bangun tido, mesti korang bingung kalo tidor kat katil, abngun dalam toilet ye tak.

Jadi, untuk meng counter ke ilmuan pukau ni mudah je. Setiap kali korang keluar daripada rumah, baca ayat kursi sambil kaki kanan menghentak kaki ke bumi. Semoga kita semua dilindungi daripada perbuatan manusia yang bersifat terkutuk ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
Tags:

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)