Amalan Menarik Barang Ghaib/Pusaka

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Terima kasih kepada korang semua atas sokongan padu korang kepada pak cik. Sekarang fanpage kita dah pun mencapai sebanyak 2500 like. Banyak wooo. Boleh belanja kfc wooo.

Kepada pembeli cd ilmu ghaib, pak cik mintak maaf sebab lambat antar, sekarang ni pos ekspres yang kuning tu dah tak jual da, lama da pak cik tunggu ada stok, rupanya da nak dilupuskan. Nanti pak cik akan hantar dengan skynet mungkin.

Ok, hari ni pak cik jumpa ilmu yang sangat best dekat wongalus.wordpress.com. Diorang ni memang bagus la komuniti sana. Tak sombong, takde nak gaduh2, hanya yang minat nak belajar semua bersungguh2 ke sana. Jadi, salah satu ilmu yang dikongsikan oleh member disana adalah amalan untuk menarik harta pusaka.

Bagi pak cik, ni lah yang paling simple yang pernah pak cik baca. Yang lain2 tu susah giler. Ni yang senang pak cik rasa. Korang tengok lah, riyadhah nye pun korang mampu bawak :-

AUDZUBILLAHIMINASSYAITONIRROJIM

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM 21 X Tahan nafas

ASTAGHFIRULLOHALADZIM 7 X Tahan nafas

ASYHADUANLA ILAHA ILALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH 7 X Tahan nafas

ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD 7 X Tahan nafas

LAHAWLA WALA QUUWATA ILA BILLAHILALIYYIL ADHIM 7 X Tahan nafas

ALLAHU AKBAR 21X Tahan nafas

Baca Kunci amalan ini.

BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM. KAF HA YA ‘AIN SHOD.HA MIM ‘AIN SIN QOF.QUWMITU WA QUWMITU 3 X Tahan nafas

Selepas tu, tangan korang di depang kan ke hadapan dan menarik ke arah korang sambil  membaca ALLAHUAKBAR sebanyak2 mungkin. Gayanya macam korang tengah tarik benda ke arah korang

Mengikut pembagi amalan ni, amalan ni harus lah dilakukan di kawasan2 yang sunyi yang mana korang yakin tempat tu memang ada pusaka macam sungai ka, bilik yang tak pernah korang masuk ka, rumah kosong ka. Jadi mudahlah benda tu nak sampai. Biasanya benda benda ghaib ni datang dalam keadaan korang tertangkap dengan tangan korang ataupun terjatuh terkena badan korang atau jatuh kat depan korang.

Untuk menguatkan lagi kemasinan ilmu ni, penambahan syarat puasa adalah digalakkan. Selamat beramal dan selamat menguatkan iman :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)