Ilmu Pijak Pijak Sedap

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Syukur alhamdulillah kita masih hidup, pak cik masih hidup, korang masih hidup, pak cik pun boleh lagi berseloka dalam blog ni. Ermmm nikmatnya hidup ni (sambil kunyah twisties. )

Ilmu Pijak Badan

Kali ini pak cik nak berkongsi dengan korang semua sebuah keilmuan yang dipanggil ilmu pijak badan. Sedap woo, kalo penat bercangkul, menonggeng mencabut lalang, berindik peluh angkat ranting, kena lak dapat orang pijak2 badan pergh… SODAP DEN KOBA KAT EKAU

Sapa antara korang tak pernah rasa kena pijak badan memang rugi la. Best kot. Lagi lagi yang ada budak2 kecik. Suh je budak tu pijak korang, tapi jangan pijak kepala sudah lah yer. Agak kurang ajar disitu. Suh je diorang pijak sampai diorang bertukar dari memijak kepada menginjak2 badan korang sampai patah pinggang.

  

Jadi, ini adalah sebuah tatacara sebenar yang menjadikan pijak pijak diorang semakin best. Menjadikan korang segar bugar, ibarat mandi air terjun kat Templar Park lagi.

Bacalah surah Al Fatihah dan hadiahkan kepada malaikat-malaikat berikut:- JIBRIL MIKAIL ISROFIL IZROIL MUNKAR NAKIR ROKIB ATID MALIK RIDWAN

10 al fatihah tu untuk semua sekali yer. Kemudian masa korang memijak2 tu, terus menerus baca JIBRIL MIKAIL ISROFIL IZROIL MUNKAR NAKIR ROKIB ATID MALIK RIDWAN sampai la habis korang pijak badan orang tu.

P/S :- Dengan teknik ni, boleh lah korang bukak rumah pijak pijak. Hape lagi, pijak jangan tak pijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)