Amalan Supaya Tidur

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Korang suma camne. Ada sihat?. Yang sakit gi klinik 1 Malaysia ya. Murah pun murah, bayar singgit je pun. Beli bege bakar boleh lak ye tak. Pagi tadi baru je pak cik dengar ceramah dari Dr MAZA mengenai ketenteraan Islam. Fuh memang terbaik la Dr MAZA. Bagus2. Banyak benda yang pak cik belajar dari ceramah beliau.

Ok, hari ni kita akan membincangkan mengenai pasal susah nak tido ni. Sebenarnya kesian gak ngan orang yang susah tidor ni. Tidor ni sebenarnya rehat badan. Kalo tak tido, tak rehat la badan tu. penat, besok nak angkat sawit dah tak larat. Jadi, tido tu adalah perlu.

Lagi2 kepada diorang yang ada masalah insomnia. Lagi la frust. Tengok member berdengkur siap lap lap air liur basi kat bantal peluk lagi. Tambah sakit hati bila tengok member siap mengigau borak2 ngan orang yang insomnia tu. KEcewa jer member tu.

Jadi, kebanyakan mereka yang susah nak tido ni biasanya akan layan game ataupun naruto sampai beratus2 episod demi untuk mengisi masa lapang tambahan masa tak tido tu. Kalo pak cik da lama da pak cik apply keja 7 eleven buat overtime. Tak tido dapat duit.. Masyuuk.

  

Jadi, mungkin amalan dibawah boleh menjadi salah satu alternatif untuk korang yang susah tidor yer :-

اِنَّ اللهَ وَمَلآَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَآاَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا.

INNALLAAHA WAMALAA-IKATAHU YUSHOLLUUNA ‘ALAN NABI YAA AYYUHAL LADZIINA AMANUU SHOLLUU ‘ALAIHI WASSALLIMUU TASLII MAN

Asma tersebut di atas dibaca berulang-ulang di sampingnya orang yang sulit tidur. (Ilmu Warisan Leluhur)

Jadi, kepada mereka yang susah tidor. Amalkan ya amalan diatas ni. Sekian terima kasih :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0saves
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)