Amalan Untuk Hilangkan Ngantuk

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Lama rasanya tak buat posting. Rasa berdosa la pulak ye. Sekarang pak cik tak larat nak buat post sekerap seperti selalu. Banyak sangat halangannya. Mungkin disebabkan terlalu banyak kerja. Tu yang jadi camni kot. Hoohohoho. Kini pak cik lebih dewasa, matang, dan tak tengok kartun spongebob da walaupun pak cik nak sangat tengok.

Hari ni pak cik akan berkongsi dengan korang sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan dalam kehidupan harian korang. Iaitu sebuah amalan bagaimana untuk menhilangkan ngantuk. Ngantuk yang pak cik maksudkan adalah ngantuk yang tak wajar. Ada ke tengah hari panas terik boleh mengantuk, lesu, dan pewai. Ini tak wajar. Lainlah kalo dah waktu malam, korang da penat bekerja disiang hari, maka wajarlah untuk mengantuk.

Kepada para pelajar, tiada lagi frasa frasa ayat yang mengatakan bahawa, setiap kali lecturer masuk je mesti mengantuk. Setankah lecturer tersebut hingga mampu membawa aura mengantuk ke seluruh pelusuk jiwa pelajar pelajarnya. Nah kali ini bukan alasannya ok. Jadi, bolehlah korang belajar secara efisien dan berkesan gitu. Siap suruh cikgu tambah sejam lagi ajar korang. Sampai cikgu tu pun takut nak masuk kelas sebab korang terlampau rajin sampai diorang tak de masa nak main games kat rumah.

Inilah amalannnya bagaimana untuk menghilangkan ngantuk. Amalan ini diambil daripada Dunia Hikmat. Pembeli CD pak cik boleh cek dalam kitab tersebut ya :) :-

INNA RABBAKUMULLADZII KHALAQAS SAMAAWAATI ¬†WAL ARDHI FII SITTATI AYYAAAM. THUMMAS TAWAA A’LAL ARSY

Baca ayat diatas pada bekas air dan air tu disapu kepada muka korang. Insya ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)