Tenaga Dalam Kilat

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Fuh, pening kepala woo. Sebab pak cik tergeliat sikit je masa tidur, sekarang ni leher pak cik sakit. Tak boleh sangat nak pandang kiri dan kanan. Kalo nak gak terpaksa la pak cik pandang cam robocop. Korang apa kabar? Sihat? Da brekpes lom?. Brekpes dulu ya :)

Hari ni pak cik cuma nak berkongsi dengan korang pasal pengalaman pak cik setelah setahun lamanya menjadi murid pengajian jarak jauh tenaga dalam kilat ni. Guru pak cik namanya Dr (H) Ahmad Hazuan Hasmi. Lembut suaranya. Selalu sibuk. Kalo kol dia angkat tu memang untung dan nasib korang la. Dr biasanya sebuk merawat pesakit. Malam kadang2 dia tak angkat pasal nak bersama dengan family. Tapi pak cik bertuah sebab dapat bersembang dengan dia semalam.

Pada mulanya pak cik beli kursus tenaga dalam kilat dia ni, pak cik kena bayar RM 150. Kemudian dia hantar kepada pak cik sebuah buku manual, garam, dan juga sijil ahli sebagai murid. Untuk penyelarasan, pak cik duduk dekat satu padang waktu malam, minum air garam, sambil menghalakan tangan ke depan separas bahu. Kemudian, sambil berzikir ALLAHU, ALLAHU, ALLAHU, maka datanglah gerak.

Then, pak cik ikutlah gerak tu sampai sekarang. Pattern yang sama je. Pak cik tak berapa puas hati. So pak cik kol la cikgu pak cik ni. Tanya dia, kalo pak cik nak gerak lain camne. Mudah je. Ketika tengah berkonsentrasi, maka pohon lah kepada ALLAH agar diberikan gerak silat lain seperti gerak harimau. Jadi, sebab orang melayu ni dok mintak harimau je, pak cik minta gerak ular.

Amik ko, melentok lentok jadi ular. Banyak lagi sebenarnya manfaatnye. Tapi sebab pak cik malas berlatih, jadi agak tumpul. Maka sekarang ni pak cik akan cuba untuk merajinkan diri berlatih :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)