Apakah itu Penyakit Kenan ?

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post . Selamat hari minggu pak cik ucapkan pada semua pembaca blog pak cik. Baguslah korang suka membaca. Membaca menambah ilmu pengetahuan ye tak ?. Masa2 cuti ni bawaklah anak jalan jalan keluar ye ?. Bila sebut jalan jalan je mesti korang terpikir megamall, wayang, makan pizza, fuh duit suma tu. Tak perlu pun. Cukup angkut budak kecik masuk raga motor bawak pusing2 taman, sampai kedai belanja aiskrim Malaysia. Da cukup gembira da anak anak korang tu. Huhuhu. Cakap mengalahkan orang kahwin wooo.

Apa Itu Kenan ?

Hari ini pak cik nak berkongsi sedikit info dengan korang berkenaan dengan penyakit kenan. Penyakit kenan ni memang cukup popular dalam kalangan melayu. Dan yang bagusnya dengan adanya penyakit kenan ni, orang tak berani nak sewenang wenangnya nak menzalimi binatang. Secara umumnya dalam masyarakat melayu, kenan adalah satu kecacatan yang terjadi kepada bayi akibat perbuatan zalim ibu bapa mereka terhadap haiwan haiwan yang melata di muka bumi ini. Sebagai contoh, bapa budak ni suka bunuh ular masa isteri dia mengandung. Sekiranya terkena kenan, maka mungkin anaknya tak boleh belajar berjalan, tapi akan menyusur cam ular. Pergh… rare giler tu. Kenan ni bagi pak cik seperti ujian dari ALLAH. Sebab boleh terjadi secara sengaja atau tak sengaja. Ye la, kalo memang da kerja korang memburu rusa, nak wat camne kan ?. Insya ALLAH, ALLAH lagi memahami niat korang semua.

Kenan Disebabkan Psikologi

Selain itu, kenan juga boleh terjadi akibat daripada perasaan si ibu. Sebagai contoh, mungkin seorang ibu ni mengidam keropok losong terengganu, namun dia brada di sebuah daerah di Zambia, memang tak dan la si suami nak cari kopok losong ganu. Akhirnya kemungkinan anak yang dilahirkan air liurnya akan sentiasa meleleh disebabkan terlalu mengidam. Selain tu jugak, kalo isteri yang sedang mengandung ni asyik marah marah atau asyik bersedih sahaja, maka akan terkena juga kesan kenan pada anak. Anak mungkin akan jadi samseng cam KL Gangster ataupun akan jadi lembik jeli sebab maknya asyik menangis sahaja.

Siapa Yang Terkena Kenan ?

Kenan bukan je terjadi kepada budak budak yang nak lahir, tapi bila korang da besar pun kena gak. Misalan ada sorang budak nakal pi potong ekor kambing. Nangis2 semalaman si kambing ekor kena potong. Kesannya, bontot kambing tu berulat terkena jangkitan kuman dan terus mati. Dan si pelaku kemungkinan akan terkena demam yang mengejut, diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat di bahagian bontot sama seperti apa yang kambing tersebut alami. Itu ari pak cik nampak ada sekor kucing ni masa ronda2 bujang di Kuantan. Pelik je pak cik tengok kucing ni. Sebab nampak cam manusia plak. Rupanya misai dia kena cabut. Ermm… tak tau la kenan cam ne la budak yang zalim kan kucing ni dapat.

Info : Dr. Haron Din

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)