Serangan Buaya Dan Cara Mematahkannya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Da baca da post mengarut pak cik semalam ?. Insya ALLAH ambillah pengajarannya, supaya kita semua tau betapa powernya Sodako. Lepas Subuh je terus update blog, perkara ini harus menjadi rutin, tiada lagi melepet terus dari solat subuh. Melepet lepas update blog la baru power… hohohohoho.

Hari ni pak cik nak berkisarkan cerita mengenai cara bagaimana untuk menangani serangan buaya. Dahsyat wooo buaya ni, bayangkan gigi depa yang tajam2 tu masuk kat celah2 daging paru paru korang… Tak ke batuk2 kalo kena gigit badan. Wuuuu seram nih… sekali dia ngap kepala kita, terus ramai penggali kubur sudah bersedia dengan lubang 7×7 sq ft (betulkan kiraan liang lahad jika tersilap yo?).

Sebenarnya buaya ni cumalah seekor haiwan yang hanya mengikut naluri kehaiwanan dia sahaja, da memang makanan dia ni daging berdarah merah, takkan nak suh depa ni jadi vegetarian. Korang tangkap satu, letak kat rumah hari-hari jamu pucuk paku goreng cicah sambal belacan, merajuk la mr buaya kita. Ataupun memperkenalkan dia dengan diet nasi… Lagi la merajuk mr buaya sebab tangan kecil dia dan merasakan diri dihina oleh manusia.

Jadi, sekiranya korang ingin turun ke sungai yang ada buaya, ataupun memang tempat lepak buaya, terdapat satu amalan yang boleh korang praktiskan dengan cara yang sngat best, cool dan trendy. Sekiranya amalan ini dilakukan, berkuak boye bagi laluan kat korang. Siap korang boleh berenang didalam kelompok diorang lagi dan boleh make friend lagi with some of them.

Dikhabarkan, seorang abg yang kini merupakan hero di mata adik beliau, telah menggunakan amalan ini untuk mengambil bola tenis sewaktu mereka sedang seronok bermain bola capling (orang tahun 90 an je tau main bola capling ni, orang tahun milenium mana tau,… wakakkakakkaka). Si adik dengan penuh konfiden mencampak bola tenis tersebut dengan kelajuan separuh dari kelajuan motorsikal perempit, namun, si abg lebih cekap dalam bab mengelak, mujur pengaruh movie yang sangat kuat menular pada ketika itu, tindakan slow motion the matrix di amalkan. Mengelak selamba dalam keadaan gembira.

Namun, kegirangan itu tidak lama, bilamana bola tenis, iaitu instrumen yang digunapakai dalam permainan capling jatuh dalam sungai yang penuh dengan buaya… Nampak macam balak2 kayu reput terapung je, tapi jika silap langkah buaya menanti dengan tangan terbuka untuk berbuka.

Lalu si abang pun memberanikan diri untuk mengambil bola tenis tersebut :-

Amalan yang telah dilakukan adalah

:- tuliskan perkataan Ar Rahiim di atas sebuah timah dan lemparkan ke tengah sungai. Dibawah adalah perkataan Ar Rahiim tersebut yang perlu ditulis.

Akhirnya si abang telah berjaya mengambil bola tenis dan sambung bermain dengan girang gembira….

 

(Bantu pak cik untuk tampung kos operasi, klik disini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)