Ilmu Kebal Melalui Ayat Hisni

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Sedar tak sedar, raya semakin menghampiri. Pak cik tak tau samada nak gembira ke tidak. Gembira pasal boleh makan siang hari balikkah? Atau mahu bersedih meninggalkan Ramadhan. Namun, setelah membaca semula mengenai cerita Rasulullah SAW menyambut hari Raya Aidilfitri, maka pak cik pun haruslah bergembira pada hari Raya dengan membeli sedikit baju-baju raya baru.

Pesan pak cik, janganlah beli baju raya banyak-banyak bagi yang laki. Buang karan je, sehelai dua dan mencukupi, Raya first baju warna len, raya kedua warna len, dan seterusnya terus pakai jean dengan T-Shirt Metalicca. Membohong je beli banyak2. Ada yang memberi alasan menyatakan bahawa raya raya akan datang tak perlu lagi beli kalo da beli banyak. Namun, harus diingat, tubuh badan kita ni bersifat elastik dan mudah berubah akibat faktor geo makanan yang berbagai-bagai. Mungkin tahun ni pinggang 30, mana tahu, tahun depan sudah jadi 50 ? Jadi, yang penting, kita ikut cara Islam, Insya ALLAH, selamat, iaitu bersederhana.

Hari ini pak cik ingin berkongsi sebuah amalan keselamatan, kalo cakap Ilmu Kebal je terus korang pandang serong, pandang senteng, enteng, kalo pak cik depan korang, mesti korang tengok pak cik kecik besar kecik besar, rasa cam nak telan je. Jadi, pak cik adjust menjadi amalan keselamatan.

Dikhabarkan seandainya, dibaca sebanyak 7 kali setiap hari ayat Hisni ini, maka tidaklah si pengamal akan menemui ajal samaada lemas, terbakar, dicucuk pisau belati, ataupun tapak tangan korang terkena ubat stapler. Malah akan datang wibawa dan karisma dalam diri. Namun, jika ajal yang sudah tertulis dalam Loh Mahfuz, ditakdirkan pengamal akan lupa untuk membaca ayat Hisni, maka datanglah ajal merenggut sipengamal untuk bertemu dengan ALLAH SWT.

Dibawah ini adalah ayat Hisni :

Di ambil dari surah Al Hasyr, ayat 128-129. Semoga beramal. Insya ALLAH semoga semua dapat manfaatnya.

BANTU PAK CIK BIAYA KOS INI, INSYA ALLAH 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)