Amalan Pengabur Mata

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik nak berkongsi pengalaman mengenai amalan pengabur mata. Amalan ini digunakan untuk mengaburkan mata pihak lawan supaya kita dapat melarikan diri daripada musuh. Amalan ini nampak macam tak berguna di waktu senang ni, namun bila saat2 kesusahan, ia adalah amalan dan ilmu yang amat berguna untuk melarikan diri.

Amalan tersebut adalah seperti dibawah:-

Bismillahirrahmanirrahim

Ghairil Maghdhuubi A’laihim (Sebahagian daripada ayat ketujuh surah Al Fatihah)

Cara menggunakannya adalah apabila anda telah dikepung oleh musuh, maka bacalah kalimah diatas pada segenggam pasir kemudian hamburkan pasir tersebut ke arah musuh tersebut. Insya ALLAH, musuh akan menjadi gelap mata dan kabur penglihatan. Maka saat itu boleh lah digunakan untuk melarikan diri.

Insya ALLAH, diharap sedikit ilmu ini mampu memberi manfaat kepada semua. Amiin.

 

BANTU PAK CIK BIAYA KOS BLOG INI. KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)