Kita Sebenarnya Ingat Atau Tidak Ingat?

Bismillahirrahmanirrahim

Image result for otak

INGAT VS TIDAK INGAT

Apakah kamu berdaya ingat Allah ?

namun sahabat – sahabat yang telah
” bermakrifat ” itu jangan risau jika tidak
dapat mengingati Allah sepanjang masa
sebab dia berada di sebalik ” rasa ” ingat
dan tak ingat itu …..

Dan ketika sahabat ingat ( zikir ) kepada
Allah itu janganlah berasa konon dapat
mengingatiNYA , sebab yang ” ingat ” itu
adalah dia sendiri , makhluk tidak berdaya …

Dia mengingati dirinya sendiri …
Dia memuji dirinya sendiri …
( manusia @ insan itu adalah
dalam lakonan menzahirkan )

Pada setiap gerak dan diam …
pada nafas turun naik ( huu Allah ) …
” dia memuji dirinya sendiri ”
Dia yang hidup pada turun dan naik
nafas menyatakan keberadaanNYA …

Orang yang ” mati sebelum mati ”
Orang yang ” sedar ” yang hidup
hanya Allah sedang dia bersifat mati
boleh mengingati lagi kah ?

Kesimpulannya :

Yang ” ingat ” dengan ” tak ingat ” itu
adalah ” DIA ” sendiri …..

Maka orang – orang yang mengenal diri
itu sentiasa ia ” ingat ” akan Allah ,
baik di kala berdiri , duduk , berjalan ,
atau ketika dalam tidur sekali pun …
kerana di dalam ” kefanaan ” yang ada
hanya Allah …

HANYA ALLAH INGAT ALLAH …..
di dalam rahsiaNYA …..

via Qalbu Mukmin Baitullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)