Belajar ilmu-ilmu ghaib secara percuma disini
tenteraangin
Pak cik cuma orang biasa... :)
Posts by tenteraangin
Bestnya Berak Cangkung
May 15th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini pak cik akan mengarut lagi serba sedikit mengenai bab ibadat, ataupun kita lebih khusus kepada bab Thaharah. Ya, repekan semakin menjadi2, semakin kita gila, semakin menuju kepada betapa logiknya Din Islam ni.
Ok, Rasulullah SAW, telah mengajar kita bahawa style terbaik untuk berak adalah dengan mencangkung dan memberatkan sebelah kiri sebab akan mengikut posture usus dan menyebabkan tinja kita keluar dengan mudah. Plus, dengan mencangkung, ia akan menyebabkan otot usus kita ni dalam keadaan relaks, dan senang taik tersebut ditekan keluar melalui jubo.
Oleh, yang demikian, berbanggalah kepada mereka yang mencangkung walaupun di More >
Ilmu Pelampas Qulhu
May 13th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Diharapkan korang semua bercuti dengan sebaik baik cuti untuk weekend ni yerk. Kesian kepada diorang yang terpaksa jugak membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk keluarga dan bakal keluarga. Namun, kepada mereka yang membanting tulang di atas tilam, jangan la malas sangat, paling koman pun tengok tv, tak lah sampai mata korang pun malas.
Hari ni, pak cik akan menerangkan kepada engkorang sebuah keilmuan yang dinamakan sebagai pelampas Qulhu. Ilmu ni bertunjangkan kepada penggunaan surah Al Ikhlas, dan inti kekuatannya adalah dari ALLAH melalui jalan bacaan yang halus. Jadi, moh ler kita belajar cara More >
Tips Perjalanan Jauh
May 8th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini, jom kita berkongsi apakah tips tips untuk berjalan jauh. Bukanlah berjalan menggunakan kaki, tapi korang travel jauh naik kereta. Contoh cam korang balik kampung ke, urgent nak hantar resit catering kawin kat johor baru ke, atau nak balik perlis sebab lupa amik berus gigi pun boleh.
Jadi, biasanya kalo korang jalan jauh, mesti korang akan periksa condition kereta korang kan. Cek lampu, minyak hitam, minyak brek, wiper, haruman kereta dan sebagainya. Dan korang pun akan spare beberapa barang penting seperti pump, air bateri, air hundred plus, twisties, nugget makan mentah diketika perjalanan.
Biasanya More >
Siapa Layak Berdakwah
May 7th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Da abis da hari melepet atas katil. Besok pasti kena bangun dengan semangat waja dan hati yang kental, dan ditengahari esoknya mula lah semangat luntur cam klorok.
Hari ni kita nak bercerita, sapa yang layak berdakwah?. Mengkeme semua la layak berdakwah. Perluke dakwah ni sijil bertingkat2, pengetahuan berjela2, kalo dikait buat langsir leh cover satu rumah.
Jadi, dakwah ini adalah kerja kita sebenarnya. Walaupun kita sebuk kerja jadi akauntan, atendan pam minyak, ataupun CEO, namun, kerja kita sebagai pendakwah tetap kena jalankan. Cukup la walaupun tau satu hadis, kita bagitau member kita, diorang More >
Cemeti Malaikat Jibril
May 6th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Esok hari keputraan Pahang, so masih bercuti lagi, dan masih lagi bertemankan bantal dan bolster yang setia menemani pak cik dihujung minggu ni.
Hajat hati nak gie Gambang Waterpark sambil makan sandwich rasanya tak dapat dicapai dek lantaran tight panjang pak cik da koyak kat kelangkang. Malas nak mencari jarum dan benang.Alangkah indahnya kalo ada isteri kan?. Lempar je kat si dia. Pasti beres!
Hari ni pak cik nak bercerita pasal ilmu cemeti Malaikat Jibril ni. Tak tau lah kenapa namanya begini, beginilah yang pak cik baca kat wongalus.wordpress.com tu. Korang pun rajin rajin la More >
Latihan Memasukkan Al Fatihah ke Dalam Hati
May 5th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, walaupun sudah lama pak cik tak mengupdate blog ni, namun masih ramai lagi pembaca pembaca yang datang dan bertanya soalan kepada pak cik. Terima kasih pak cik ucapkan. Insya ALLAH, jika tiada aral yang melintang pak cik akan sentiasa update.
Hari ni, kita nak bincangkan kepada semua cara camne nak menumpukan ayat suci al Quran ke dalam hati kita. Bila da dapat bersatu dalam hati, fuh, memang superb. Teringat pak cik ngan seorang tua yang bila dia baca kalimah tauhid, pintu rumah dia terbukak macam kena hentam pasal hebatnya energy zikir tu.
Ok, jom More >
Ilmu Melihat Kehidupan Masa Hadapan
Apr 18th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini pak cik nak berkongsi dengan korang satu lagi keilmuan yang dipanggil ilmu melihat masa hadapan. Ilmu ni bukanlah untuk korang meneropong nombor loteri dan sebagainya, tetapi melihat bagaimana kehidupan korang pada masa akan datang. Baikkah atau burukkah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika baik alhamdulillah, jika buruk, banyakkan istighfar dan bertaubat. JOm tengok tatacaranya.
Pertamanya, korang kena bersihkan diri korang dan sucikan diri korang. Berwuduk, pakai pakaian yang bersih dan tidak ada unsur haram dalam pemilikan pakaian korang tu. Mana tau korang pakai baju yang korang pinjam tak pulang dari member More >
Ilmu Pasung
Apr 8th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. So, ucapkan lah Alhamdulillah sebanyak yang mungkin dalam setiap hari tanda kita syukur dan sentiasa redha atas pemberian ALLAH. Mereka yang tidak melazimkan perkataan ni, akan mendidik hati korang jadi tak redha dan tak puas apa yang korang ada.
Kalo camtu camne nak bersifat qanaah kan?., Masa ni korang mulalah nak dengki member korang yang baru beli satria second hand korang tabur paku atas jalan, yang baru naik pangkat dari kuli jadi kerani pun korang tak puas hati, orang kedai silap bagi baki lebih kat member korang pun korang da mula resah.
Dah2, jangan jadi More >








