Amalan Rezeki Archive

0

Renungan Kita Semua

Bismillahirrahmanirrahim

No automatic alt text available.

Sedikit bahan Renungan untuk Mengenal diri kita, maka Renungkanlah, Dialog ini;

Allah bertanya: Siapa kamu?
Aku menjawab : aku si fulan.

Allah berkata:Aku tidak bertanya namamu,siapa kamu?
Aku menjawab:aku anaknya si fulan tinggal di A kerja di B.

Allah berkata;Aku tidak bertanya orang tuamu,tempat tinggal dan kerjaan mu,jadi siapa kamu?
Aku menjawab; aku adalah badan ini.

Allah berkata; bukan, Aku tidak bertanya badan yang ada padamu,siapa kamu? Jawab ku;aku adalah rasa.

Allah berkata; bukan,Aku tidak bertanya rasa yang ada padamu,siapa kamu?
Aku berkata;aku adalah akal fikiran.

Allah berkata;Aku tidak bertanya akal fikiran yang ada padamu,siapa kamu?
Aku menjawab;aku adalah hati.

Allah berkata;Aku tidak bertanya hati yang ada padamu,siapa kamu?
Jawabku;aku adalah Ruh.

Allah berkata;bukan,Aku tidak bertanya Ruh yang ada padamu,siapa kamu?
Aku menjawab;aku adalah hamba-Mu.

Allah berkata;Bukan,Aku tidak bertanya kedudukanmu,siapa kamu?
Lalu jawab ku;aku adalah Diri-Mu.

Allah berkata;bukan,Aku tidak bertanya Diri-Ku yang ada dalam dirimu,siapa kamu?

Dalam keadaan bingung,Celaru dan tersasar,Aku menjawab;Allah,aku telah menjawab ini,itu tapi Engkau selalu berkata bukan,lalu siapa aku,ya Allah????
Allah berkata:renungkanlah itu,Masuklah kedalam dirimu lalu keluarkan dan kosongkan semua yang ada padamu!lepaskan semua atribut yang ada padamu, namamu, badanmu, rasamu, akal fikiranmu, hatimu, Ruhmu, dan Diri-Ku yg ada didalam dirimu.lepaskan semua!maka engkau akan tahu siapa kamu!

Setelah itu lalu aku Masuk ke Dalam diriku, Menutup semua indrawiku, menutup semua ilmu pengetahuanku, kemudian aku Melihat Cahaya-Nya, sehingga aku seakan-akan sirna di dalam Cahaya-Nya, lepas dari semua; nama, badan, rasa, akal fikiran, hati dan Ruh.

Kemudian aku berkata: Allah,setelah aku boleh lepaskan semua atribut ku iaitu namaku, badanku, rasaku, akal fikiranku, hatiku,dan Ruhku.Tapi satu yang tidak boleh aku lepaskan iaitu Diri-Mu,kerana bila aku lepas dari-Mu maka aku akan Hancur, Musnah, Lenyap, Tiada.
Dan Allah pun berkata;itulah dirimu!
Maka aku berkata;Maha Suci Engkau,hanya Engkaulah yang ada,Engkaulah yang kekal.
Qs.28:88;segala sesuatu musnah (tiada) kecuali Wujud Allah yang kekal Abadi

Tags:
1

Jenis Sedekah Yang Paling Baik

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik keja malam, so pagi ni pak cik banyak melepak sambil melihat televisyen drama TV2. Agak terhibur juga kerana pak cik tergelak berbunyi wikiwikiwiki. Ok, hari ni, jom kita belajar satu lagi ilmu yang baik untuk diketahui.  Iaitu apakah jenis sedekah yang paling baik. Jom kita baca hadis baginda Nabi Muhammad SAW mengenai sedekah.

Read the rest of this entry »

2

Amalan Kebal dari Fakir

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, pak cik lihat cuaca semakin beransur pulih. Mungkin ALLAH telah mengangkat ujian Nya kepada hambaNya. Jadi, adakah kita telah lulus ujian ALLAH ? Hanya ALLAH yang akan menilainya. Jadi, hari ini pak cik ingin berkongsi sekali lagi dengan korang sebuah amalan yang membuatkan korang kebal dari fakir miskin. Insya ALLAH, dengan amalan ini, korang tidak akan fakir.

Read the rest of this entry »

2

Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. ALhamdulillah, semoga kita semua dalam keadaan yang elok, sihat walafiat, mempunyai dua kaki, dua tangan, satu pusat dan kepala. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita semua. Amiin. ari ini pak cik nak berkongsi dengan korang semua amalan kekayaan untuk membayar hutang yang korang alami. Read the rest of this entry »

4

Amalan Murah Rezeki Untuk Seisi Ahli Rumah

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik akan berkongsi dengan korang sebuah keilmuan rezeki yang boleh korang amalkan di dalam setiap kehidupan harian. Insya ALLAH, dengan iringan usaha keringat peluh kita dan usaha ghaib ini, maka ALLAH redha untuk menurunkan rezeki yang tidak terhingga kepada kita. Amiin.  Sebelum tu marilah dengar cerita mengarut pak cik supaya senang menyerap dalam kepala korang amalan ini.

Read the rest of this entry »

2

Amalan Agar Tak Terputus Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Pertamanya, pak cik mohon ribuan kemaafan pada yang wassap pak cik. Pak cik tak berdaya nak taip baik dan jawab soklan korang sebab satunya soklan tu susah2, pastu pak cik plak tak larat nak taip panjang2. Dan lagi ada juga yang wassap waktu pagi, membuatkan otak pak cik tak boleh bekerja dengan sempurna dek mamai camtu. Jadi, pak cik berharap, jika korang ada soalan, terus saja Email pak cik di sini (tenteraangin@gmail.com).

Read the rest of this entry »

3

Amalan Kekayaan Yang Simple

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Tengah-tengah sahur camni rajin pulak pak cik menaip. Biasanya lepas sahur, berpelukan dengan bantal panjang adalah satu kemestian. Namun, dek kerana mata segar sebab tidur awal giler membuatkan pak cik mempunyai tenaga yang terlalu banyak. Sesiapa yang takde tenaga nak tenaga tu mai la jumpa pak cik. Pak cik nak bagi sikit dalam satu kotak.

Read the rest of this entry »

27

Ilmu Roda Putaran Ba

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam bab ini, akan diterangkan mengenai ilmu roda putaran Ba. Ilmu ini digunakan untuk membuatkan poket agar tidak pernah kering dari duit. Ini bukanlah ilmu untuk menjadi kaya sekelip mata, tetapi hanyalah usaha untuk memberkatkan duit yang sedia ada. Terpulang pada ALLAH yang Berkuasa. Tatacara untuk membuat ilmu ini ialah :-

  1. Baca Alfatihah sekali, selawat 11 kali dan istighfar 11 kali
  2. Lukiskan rajah roda bulatan ba dari Asma ALLAH yang bermula dari huruf Ba
  3. Lukis atas kain
  4. Gembol dan jahit kain tersebut
  5. Selang selikan menyebut LAILAHAILLAH dan MUHAMMADAN RASULULLAH setiap cucukan jarum
  6. Selesai sahaja habiskan, baca surah AL Kursi sebagai penutup
  7. Letakkan kain tersebut di dalam poket.
Selesai sahja bertawakkallah pada ALLAH. Biar lah ALLAH yang menentukan sumber rezeki kita.
Rajah Roda Putaran Ba
Eh, lupa lak, sesapa yang cari kitab hakikat insan versi PDF, da ada da, klik kat link ni
http://berkatrezeki.com/blog/kitab-hakikat-insan/
9

Protected: Amalan Menarik Rezeki Versi 3

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Klik Sini Untuk Bantu Pak Cik Bayar Kos Blog Ini Klik Sini