Belajar ilmu-ilmu ghaib secara percuma disini
Ilmu Ghaib
Warisan Ilmu Ilmu Ghaib Khazanah Lama ada disini
Ilmu Pelampas Qulhu
May 13th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Diharapkan korang semua bercuti dengan sebaik baik cuti untuk weekend ni yerk. Kesian kepada diorang yang terpaksa jugak membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk keluarga dan bakal keluarga. Namun, kepada mereka yang membanting tulang di atas tilam, jangan la malas sangat, paling koman pun tengok tv, tak lah sampai mata korang pun malas.
Hari ni, pak cik akan menerangkan kepada engkorang sebuah keilmuan yang dinamakan sebagai pelampas Qulhu. Ilmu ni bertunjangkan kepada penggunaan surah Al Ikhlas, dan inti kekuatannya adalah dari ALLAH melalui jalan bacaan yang halus. Jadi, moh ler kita belajar cara More >
Tips Perjalanan Jauh
May 8th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini, jom kita berkongsi apakah tips tips untuk berjalan jauh. Bukanlah berjalan menggunakan kaki, tapi korang travel jauh naik kereta. Contoh cam korang balik kampung ke, urgent nak hantar resit catering kawin kat johor baru ke, atau nak balik perlis sebab lupa amik berus gigi pun boleh.
Jadi, biasanya kalo korang jalan jauh, mesti korang akan periksa condition kereta korang kan. Cek lampu, minyak hitam, minyak brek, wiper, haruman kereta dan sebagainya. Dan korang pun akan spare beberapa barang penting seperti pump, air bateri, air hundred plus, twisties, nugget makan mentah diketika perjalanan.
Biasanya More >
Cemeti Malaikat Jibril
May 6th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Esok hari keputraan Pahang, so masih bercuti lagi, dan masih lagi bertemankan bantal dan bolster yang setia menemani pak cik dihujung minggu ni.
Hajat hati nak gie Gambang Waterpark sambil makan sandwich rasanya tak dapat dicapai dek lantaran tight panjang pak cik da koyak kat kelangkang. Malas nak mencari jarum dan benang.Alangkah indahnya kalo ada isteri kan?. Lempar je kat si dia. Pasti beres!
Hari ni pak cik nak bercerita pasal ilmu cemeti Malaikat Jibril ni. Tak tau lah kenapa namanya begini, beginilah yang pak cik baca kat wongalus.wordpress.com tu. Korang pun rajin rajin la More >
Latihan Memasukkan Al Fatihah ke Dalam Hati
May 5th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, walaupun sudah lama pak cik tak mengupdate blog ni, namun masih ramai lagi pembaca pembaca yang datang dan bertanya soalan kepada pak cik. Terima kasih pak cik ucapkan. Insya ALLAH, jika tiada aral yang melintang pak cik akan sentiasa update.
Hari ni, kita nak bincangkan kepada semua cara camne nak menumpukan ayat suci al Quran ke dalam hati kita. Bila da dapat bersatu dalam hati, fuh, memang superb. Teringat pak cik ngan seorang tua yang bila dia baca kalimah tauhid, pintu rumah dia terbukak macam kena hentam pasal hebatnya energy zikir tu.
Ok, jom More >
Ilmu Melihat Kehidupan Masa Hadapan
Apr 18th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini pak cik nak berkongsi dengan korang satu lagi keilmuan yang dipanggil ilmu melihat masa hadapan. Ilmu ni bukanlah untuk korang meneropong nombor loteri dan sebagainya, tetapi melihat bagaimana kehidupan korang pada masa akan datang. Baikkah atau burukkah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika baik alhamdulillah, jika buruk, banyakkan istighfar dan bertaubat. JOm tengok tatacaranya.
Pertamanya, korang kena bersihkan diri korang dan sucikan diri korang. Berwuduk, pakai pakaian yang bersih dan tidak ada unsur haram dalam pemilikan pakaian korang tu. Mana tau korang pakai baju yang korang pinjam tak pulang dari member More >
Membuang Belaan
Jan 30th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Da lama agaknya pak cik tak postkan ilmu ilmu baru. Sebab pak cik sangat sebuk dengan pentauliahan diraja pak cik. Alhamdulillah, semua da selamat dizahirkan sebagai Pegawai Tauliah Diraja. Jadi, hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang ilmu bagaimana untuk membuang belaan.
Orang yang bercerita mengenai ilmu ini, katanya hanya digunakan ketika si pembela sedang nazak, jadi boleh lah gunakan untuk buang belaan dia. Tak pernah pulak dikatanya boleh untuk orang yang masih hidup walafiat, masih makan Mc D dan masih lagi layan karok jamban.
Seperti mana yang korang tahu, biasanya orang More >
Ilmu Halimunan Jampi Meresap
Jan 19th
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, saudara amirul berkongsi lagi keilmuan yang dipelajari olehnya untuk kita semua. Nah, pak cik kopi pes terus dari emel yang dia hantar kat pak cik :-
saya muhammad amirul ikhwan saya hanya ingin kongsi ilmu yang telah saya miliki sejak beberapa tahun lalu saya takut ilmu-ilmu ini akan hilang di dunia begitu saja saya harap tuan iqbal menyebarnnya.ini ilmunya:
JAMPI MERESAP
Bismillahirrahmanirrahim. Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Innama amruhu iza arada-syai an ay-yakula lahu kun-fayakun. Hilang lesap umpama asap, Ghaib aku bagai malaikat, Kun fayakun, Zat Allah meliputi sekalian tubuhku. Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Allah!
Cara mengamalkannya: More >
Cara Membuka Ilmu Ghaib
Jan 15th
Bismillah, kiriman dari Zul Kapan
Di dunia ini, ada orang-orang yang diberi kelebihan oleh Tuhan hingga mempunyai kemampuan supranatural meskipun dia tidak pernah belajar. Ada pula orang yang diberi kemudahan untuk mempelajari berbagai ilmu sehingga ia mempunyai banyak kemampuan dalam waktu singkat. Ada juga orang yang mengalami kepayahan dalam mempelajari ilmu, padahal dia sudah tekun berusaha. Jika anda termasuk golongan yang terakhir, maka jangan berputus asa dahulu. Masih banyak jalan untuk membuka pintu keilmuan Anda.
Banyak orang belajar ilmu ghaib selama bertahun-tahun, tetapi tidak ada hasil yang memuaskan. Kegagalan itu mungkin saja terjadi kerana ilmu yang dipelajari sudah tidak asli tata-caranya More >








