Post Terbaru!
13

Alam Jin Tahap Penembusannya

Bismillahirrahmanirrahim

alam jin

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang pak cik memulakan post. Pada kali ini, kita akan berbincang mengenai alam jin. Apakah yang perlu dibuat untuk menembusi alam jin? Jika sesiapa yang sudah menembusi alam jin, maknanya, ia mempunyai ilmu yang cukup tinggi kerana dia telahpun menguasai 2 alam ghaib yang lain. Makna pak cik menguasai 2 alam ghaib adalah, dia dengan slumber badak je boleh kuar masuk dalam 2 alam ghaib tu.

Jadi, alam jin ni susah ke nak masuk? Emm… susah la bro, ingat senang ke. Dalam Al Quran sendiri da sebut da yang kita takkan nampak jin, namun, jika ALLAH nak benda itu terjadi, Kun Faya Kun.. Jadilah… So, hanya mereka yang terpilih je boleh nak masuk ke alam jin. Apa, ingat korang tak leh? Boleh, tapi kena kuat beramal la :)

Alam Jin Menurut Kitab Karangan Imam Al Buny

Menurut kitab tersebut, sebelum seseorang melepasi tahapan alam jin, dia secara automatik dah pun menguasai dua alam di bawah alam jin. Alam tersebut dinamakan sebagai alam ahmar dan abdul jumud. Kedua duanya mempunyai kriteria yang tersendiri.

Di dalam alam ahmar, ia adalah dimana tempat tinggalnya bangsa lelembut, atau kalau nak senang, korang kenal diorang sebagai orang bunian. Biasanya hidup mereka adalah di bumi dan laut. Bangsa lelembut ni sebenarnya manusia juga, yang mempunyai salasilah dibawah rangkaian Nabi Syith Alaihissalam, di dalam salasilah Anfus. Contoh bangsa lelembut adalah Ratu Nyi Loro Kidul, yang menguasai kawasan lautan bagi bangsa lelembut.

Seterusnya adalah alam abdul jumud. Di dalam alam ini adalah golongan dari manusia zaman Togog, macam Pontianak dan sebagainya. Mereka juga dikenali sebagai dedemit, tempat tinggal diorang adalah hutan, gunung.

Sebenarnya, terdapat banyak  alam yang boleh diterokai dalam dunia ni. Alam jin dalam tingkat ke tiga. Alam tersebut adalah, Alam Ahmar, Alam Abdul Jumud, Alam Jin, Azra’, Khoarik, Thurobi, Barri, Adli, Sama’, Majazi, Malaikat, Jabarut, Qolam dan Arasy.

Bagaimana Ingin Menembusi Alam Jin?

Sebelum kita menembusi alam jin, kita perlu mengetahui bahawa dalam golongan jin, terdapat dua golongan iaitu golongan hitam dan golongan putih. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai Jin Muslim dan jin Kafir. Bahaya sekiranya kita memasuki alam Jin secara membuta tuli tanpa mengetahui sifat sifat mereka. Jika termasuk, kita akan terkena tipu daya jin yang sangat bahaya, dan kali ini secara berdepan depan.

Ok, seperti mana yang pak cik cakap, untuk menembusi alam jin, korang kena kuasai Alam Ahmar dan Alam Abdul Jumud. Masa nak melalui 2 alam ni, korang kena bayar tol kat diorang. Baru la diorang leh tolong korang ke alam seterusnya. Untuk alam ahmar, korang kena sediakan bunga setaman, melati, kelapa hijau dan mawar. Untuk alam Abdul Jumud, korang kena bakar madat apel jin di awal ritual.

Da Bayar tol Da, Boleh Da ke Masuk Alam Jin?

Ok, bahagian ini pak cik akan sambung dalam post akan datang.. Nanti korang serap banyak sangat, jadi kelain pulak.. hehhee…

Tags:
1

Tipu Daya Syaitan Itu Pelbagai

Bismillahirrahmanirrahim

tipu daya syaitan, syaitan, iblis laknatullah, tipu daya setan

Dengan nama ALLAH, pak cik memulakan post. Kali ini kita akan bercakap tentang tipu daya syaitan. Ya, sebuah tipu daya yang sangat halus. Lebih halus dari tepung, lebih tersembunyi dari tripwire. Jika seiapa tak berhati hati dengan tipu daya syaitan ini, maka dia akan terkandas dalam jurang kehancuran

Era Permulaan Tipu Daya Syaitan

Perangkaan tipu daya syaitan ni da lama bermula sejak nabi Adam AS mendarat di bumi. Ya, dulu iblis seorang je goda, namun disebabkan banyaknya anak nabi Adam AS ni, maka membiaklah iblis dengan anak setannya melalui persetubuhan mereka antara lutut ke lutut.

Perbagai tipu daya syaitan ini dibuat oleh iblis. Halus ada kasar ada. Tapi biasanya halus. Orang yang biasa berbuat dosa dosa kecil takkan terasa bahawa ini adalah godaan syaitan, malah ia merasakan ianya datang dari diri sendiri.

Konvensyen Tipu Daya Syaitan

Iblis laknatullah sedar yang kalau dia attack atau menyerang terus titik pertahanan utama orang islam, iaitu iman dan akidah kita, dia mungkin akan tumpas. Iblis laknatullah tu hidup berzaman, da tua, lebih tua dari dunia ini sendiri. Jadi, dia memahami bagaimana selok belok perasaan dan keinginan manusia sebab zaman berzaman dia memerhati manusia.

Kita sedang berhadapan dengan tipu daya syaitan yang iblis rangka beribu ribu tahun dahulu. Cara iblis menghancurkan manusia adalah sangat bijak. Dia akan merosakkan umat islam dengan merosakkan unit individu islam itu sendiri. Kemudian ia akan membawa kepada perpecahan keluarga. Bermula dari perpecahan keluarga, maka akan membawa kepada keruntuhan umat.

Tipu daya syaitan akan bermula dengan menjauhkan diri manusia daripada ALLAH. Bagaimana? dengan mensibukkan diri manusia dengan perkara urusan harian. Iblis menyuruh setan menghasut supaya manusia ini selalu berbelanja. Apabila selalu berbelanja, maka, strategi kedua adalah berhutang dan terus berhutang. Korang dapat tengok kan macamana hidup orang berhutang.

Setelah itu, tipu daya setan akan memasuki fasa seterusnya yang mana didedahkan dengan pelbagai muzik yang lagho, dan dipasang setiap hari pagi dan petang, siang dan malam hingga diri ini dah terbiasa untuk mendengar muzik muzik ini hinggakan mendengar azan dan al Quran pun terasa janggal.

Setelah manusia ini dihancurkan melalui pengalihan fokus dari muzik Al Quran, tipu daya syaitan akan berarah kepada penghancuran institusi kekeluargaan. Mereka akan disibukkan dengan berbagai pekerjaan sepanjang hari hingga kan di malam hari terasa hambar dan janggal disebabkan terlalu penat. Bila begitu, hubungan antara anak isteri dan ayah akan rapuh. Anak akan derhaka, isteri akan curang, ayahnya sendiri mencari keseronokan diluar rumah.

Mengatasi Tipu Daya Syaitan

Setelah kita menyedari bahawa tipu daya syaitan itu bermula dari unit individu, maka adalah kewajiban kita untuk menjaga apa yang wajib bagi diri kita. Sesungguhnya, perkara paling asas untuk melawan tipu daya syaitan adalah mengikut dengan patuh 5 rukun islam. Jika kita menjaganya, maka terpeliharalah akidah kita.

Semoga hari ini, kita mengetahui bahawa kita bukanlah hidup didalam dunia yang indah, tetapi dunia peperangan yang tiada sempadan. Moga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca mengenai tipu daya syaitan

10

Iblis Laknatullah Itu Telah Memacu Tenteranya

Bismillahirrahmanirrahim

iblis laknatullah, iblis dan setan

Pada jumaat hari ni, khutbah kita, cewah, khutbah lak, berangan je pak cik ni. Hari ni pak cik akan berceloteh mengenai iblis laknatullah, yang mana dialah musuh utama kita. Tapi , pelikkan, walaupun suma orang kata iblis laknatullah ni musuh diorang, tapi wat gak apa yang musuh diorang ni suruh.

Iblis Laknatullah, Hamba Soleh Yang Terbuang

Ya, sememangnya, sebelum iblis ini dilaknat, ianya seorang ketua malaikat, yang kini digantikan oleh Jibril AS. Ibadatnya lebih hebat dari semua malaikat yang ada. Asal mulanya dijadikan oleh api, menunjukkan kehebatan ciptaan iblis ini. Dan namanya yang baik adalah Azaziil.

Namun, bila ALLAH menciptakan manusia, insan dan ruh, lalu dibangkitkan Adam dari bangunnya, lalu ALLAH menyuruh si Azazil sujud kepada Nabi Adam AS. Azazil enggan sujud pada nabi Adam. Dia memikirkan dialah sebaik baik kejadian, dan dialah yang patut disujud oleh Adam.

Walhal, Azazil tidak mengetahui bahawa, bukanlah ALLAH itu suruh sujud pada Adam untuk menghormatinya, tetapi adalah tanda sujud sembah kepada kekuasaan ALLAH  SWT. Allah telah berkata bahawa “Manusia itu adalah RahsiaKu” dan “Ruh itu adalah RahsiaKu”. Ini menunjukkan bahawa manusia itu terlalu dekat penciptaannya dengan ALLAH taala.

Akhirnya, Azazil dibuang dan diberi Iblis Laknatullah. Wajahnya yang cantik ditukar kepada seburuk buruk kejadian. Neraka yang tak berpenghuni telah dihuni oleh Iblis. Maka iblis pun membiakkan anak anak nya yang dinamakan Syaitan.

Iblis dan Setan Bersumpah Memusnahkan Manusia

Ya, sekarang ni korang mesti da tau kan, memang kerja iblis dan setan ini adalah merosakkan manusia. Pak cik akan ungkai strategi mereka dalam menghapuskan manusia ini. Ia terdapat dua jenis serangan dari iblis dan syaitan ini. Pertama adalah serangan terus. Serangan terus ni boleh korang tengok dengan sifat malas korang nak solat, perasaan dengki pada kawan kawan, mencuri dan sebagainya. Serangan terus dari iblis dan setan ini senang untuk dikesan kerana kebanyakannya adalah dosa dosa yang ditulis di dalam Al Quran.

Serangan kedua adalah sebuah serangan tahap tinggi yang mana melibatkan pemusnahan manusia dari dalam. Ini adalah teknik godaan iblis dan setan yang terhebat iaitu memusnahkan manusia dari dalam. Mereka telah mencambahkan benih benih kebencian di dalam hati hati manusia. Iblis dan setan ini menyamar menjadi cahaya untuk menyesatkan manusia yang mencari cahaya.

Sebagai contoh adalah semasa solat. Masa solat, korang akan dikacau oleh nafsu yang celaka degil, dan syaitan yang suruh korang ingat pasal world cup. Korang pun bermampus mampusan melawan semua godaan tu, sampai syaitan fedap.

Then datang iblis, dia pun menggunakan teknik yang paling halus. “Ko solat la sampai habis, aku tak kesah, da tak larat da”, mafhum iblis cakap camtu. Kita ni memang khusyuk solat ni, habis solat lepas doa, tersenyum kita dan cakap, hmm, dapat juga aku lawan godaan iblis dan syaitan ni.

Disaat kita melafazkan kata kata begitu, maka bersorak sorailah iblis dan setan ini kemenangan. Ya, mereka tak dapat membatalkan solat korang, tapi diorang dah pun berjaya mencabut “hakikat solat” dari diri korang. Solat korang tadi hanya sah dari Fekah, tetapi kosong. Ikhlas telah dicabut, dan korang langsung tak perasan.

Sedangkan Iblis Laknatullah sendiri Berzikir

Walaupun diberi title iblis laknatullah, namun, diorang ni tetap berzikir kepada ALLAH, namun, iblis tidak mengadun Istighfar dan solawat kerana dia berasa benci dengan keturunan Adam AS. Jadi, malulah wei, sedangkan iblis laknatullah pun berzikir.

Ada masa, pak cik akan post pasal, Konvensyen Perjanjian Iblis Syaitan

5

Cara Solat Kita Di Tahap Mana

Bismillahirrahmanirrahim

cara solat, cara solat subuh, kualiti solat

Dengan nama ALLAH , pak cik mulakan post. Pak cik demam sikit lo ni.. sejuk je badan ni ha.. Hari ni pak cik nak menegur pasal cara solat orang orang kita ni. Betul ka solat kita semua ni, yang selama ni kita wat?. Ya, memang la betul dari SYARAK DAN FEKAH, tapi adakah betul dari sudut HAKIKAT solat tu?

Cara Solat Kelakar Orang Kita

Pak cik nampak, macam macam style orang kita ni solat. Kebanyakan nya semua macam rushing je. Pak cik tengok cara solat budak kecik yang tengah tengok doremon kul 7 setengah tu. Ekspress woo… Terkumat kamit dia baca al Fatihah tu. Rasa cam satu nafas je da abis.
Kalo masa sujud tu, baru je dahi sentuh sejadah, dah duduk antara dua sujud dah.. Fuh..

Abis solat je, terus lompat tengok kartun doremon balik. Takut nanti miss. Gelak je pak cik tengok cara solat budak budak ni. Kalo yg ok tu, ada la masih lagi angkat tangan doa, tu pun depan tv.. Rasa rasanya kena solat depan tv kot.

Cara Solat Orang Bisnes, Ikutlah Cara Mereka

Ha, yang ni memang pak cik respect. Walaupun sebuk dengan perniagaan diorang tu, cara solat diorang tu tenang je. Ada thomakninah. Ini yang kita cari. Bersolat dalam penuh kehambaan. Inilah antara orang orang yang dijanjikan syurga syurga ALLAH taala. Walau diberi nikmat kekayaan, tapi terus menjadi hamba dengan mempamerkan cara solat yang betul dan tenang.

Jadi, korang kena la contohi cara solat orang bisnes. Kalo kat KL Sentral, Dataran Maybank, memang nampak jelas la perkara ni. Buat kita sedar, walaupun siapa diri kita, didepan ALLAH, kita sama je… Ummah Di Dalam Satu.

Cara Solat Subuh

Haa, ni lagi la pak cik nak express benda ni. Cara solat subuh la yang pak cik rasa nampak sangat ketara gila pemalas nak solat subuh. Pak cik tau, memang sedap merenyam nyaman nyaman pagi dengan selimut ni.

Lawak lak pak cik tengok cara solat subuh orang tak tahan ngantuk ni. Member pak cik solat subuh kol 6 pagi… da dekat 6 setengah tak habis lagi sujud dia. Pelik la.. pak cik dekat je… Dengar cam dia berdengkur. Haish, tertidur baiknya landing. Tapi, kalo tertidur dalam solat, masih sah solat tu.

Cara Solat Orang Kampung

Kalo pegi kampung lak, korang mest jumpa cara solat yang berbagai bagai. Pak cik sebenarnya tak paham macam mana boleh jumpa style style solat yang unik ni. Contoh drastik leh tengok adalah angkat takbir diorang.

Ada yang macam silat, ada yang angkat tangan sebelah dulu pastu sebelah lagi naik, ada yang angkat takbir cam orang surrender, ada yang sampai angkat takbir lebih dari sekali, da macam solat raya lak.

Jom Tingkatkan Kualiti Solat Kita.

Ok, sekarang ni pak cik kemukakan cadangan bagaimana untuk tingkatkan kualiti solat kita

  • Wuduk tu, kita wat dengan yang sunat sekali
  • Baca surah al Fatihah tu sambil bayangkan huruf huruf dia
  • Baca surah tambahan lepas Fatihah
  • Rileks la masa solat, jangan rushing
  • Mata pandang bawah sejadah je, jangan melilau tengok gambar baju orang depan

Ok, cukup la hari ni pak cik membebel pasal cara solat orang kita ni :)

9

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Bismillahirrahmanirrahim

amalan khurafat, amalan khurafat masyarakat melayu, amalan khurafat di malaysia

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah da habis pun imtihan pak cik. Hari ni pak cik akan menyentuh mengenai amalan khurafat yang berlaku dalam kalangan masyarakat melayu. Hah, mesti korang pun pernah jugak terdengar benda benda gini.

Amalan Khurafat Beserta Maknanya

Khurafat ni senang je pengertiannya. Ianya adalah mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dalam kehidupan harian. Apa apa kepercayaan yang menolak kekuasaan ALLAH itu adalah khurafat. Atau dalam masyarakat melayu kita, ia lebih kepada tema “sial”.

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Disebabkan masyarakat melayu ini penuh beradat, jadi, amalan amalan khurafat dalam kehidupan harian mereka dulu banyak mempengaruhi hidup mereka sebelum kedatangan islam. Pada mulanya ia adalah merupakan petua yang diperturunkan. Namun, ia sudah menjadi adat dan amalan pula apabila terlalu lama amalan tersebut dipraktikkan.

Setiap petua ada sebabnya tersendiri. Seperti jangan keluar waktu senja merujuk kepada untuk mengelak seseorang itu terkena demam. Kerana perubahan antara panas dan sejuk sedang berlaku tika waktu senja. Namun, ia telah diubah oleh orang yang tidak mengetahuinya lalu menjadikan hukum dalam kehidupan mereka.

Amalan Khurafat Di Malaysia Beserta Contohnya.

Kat sini pak cik lampirkan amalan khurafat di malaysia yang sebenarnya berlaku dalam kalangan korang. Yang ni pak cik amik dari adat keturunan melayu

Contoh amalan khurafat keturunan melayu :-

  1. Upacara menurunkan kapal
  2. Kenduri Pecah Perut
  3. Kenduri Tolak Bala
  4. Upacara Mendirikan Rumah Baru
  5. Puja kubur
  6. Cucu jin
  7. Pemujaan Tanduk kerbau
  8. Sandau
  9. Upacara Penyembelihan Ayam Hitam

Biasanya, yang masih mempelopori kepercayaan dan adat amalan khurafat dalam masyarakat melayu ni adalah tok pawang, dukun dan tok bidan. Ini semua adalah hasil pembelajaran diorang sejak turun temurun.

Diharap perkongsian pak cik ini dapat membuka sedikit minda kita mengenai ilmu khurafat

9

Protected: Amalan Menarik Rezeki Versi 3

This content is password protected. To view it please enter your password below:

186

Ilmu Hakikat Insan Mengundang Padah Bagi Bukan Ahli

Bismillahirrahmanirrahim
hakikat insan, ajaran hakikat insan, ilmu hakikat insan

Hari ni entri agak heavy sikit, yang mana pak cik akan dedahkan sedikit info mengenai hakikat insan. Hakikat insan ni bukan perkara main main. Dan banyak perkara yang korang tak paham akan korang lalui. Untuk itu, ini adalah larangan keras dalam mempelajari ilmu hakikat Insan

JANGAN SESEKALI MENGATAKAN SESAT, KELAK SESAT ITU SENDIRI AKAN MEMAKAN DIRI. JIKA ANDA BUKAN AHLINYA, SILA PERGI

Dalam makna amaran ni. Kiranya, untuk belajar hakikat insan, korang perlu belajar dengan hati yang terbuka. Ok, jom kita start belajar sikit sikit pasal hakikat Insan.

Asal Usul Hakikat Insan

Ajaran hakikat insan ini dibawa oleh Tuk Janggut dalam nusantara tanah melayu ni. Namun, base awalnya adalah di Indonesia, yang mana mereka pada mulanya lebih kepada ilmu tasawuf. Namun akhirnya telah bertukar arah kepada ilmu kaji diri, lalu terciptalah ajaran hakikat Insan.

Persediaan sebelum mempelajari ilmu hakikat Insan

Sebelum mempelajari hakikat insan ni, terdapat banyak perkara yang perlu korang pertimbangkan sebelum menceburi dalam bidang ni. Bukan apa, disebabkan isi kandungan ajaran hakikat insan ni terlalu heavy, yang mana akal da tak mampu untuk berfikir, hanya hati sahaja yang mampu menjangkaui akal untuk berfikir.

Disebabkan ajaran hakikat insan ini banyak didominasi oleh seketul daging yang bernama hati, jadi, korang perlu bersihkan diri dulu dari segala syirik shaghir, khafi dan jalli.

Antara contoh yang kita leh amik gini. Untuk syirik jali, korang leh tengok sendiri iaitu memuja selain dari ALLAH, syirik khafi ni adalah riyak dan syirik shaghir ni adalah mempercayai sesuatu yang tidak sampai kepada ALLAH. Sebagai contoh, kita buka kipas sebab kita percaya melalui kipas kita akan sejuk. Namun, kita tak sampai kepada akhir iaitu ALLAH yang memberi kesejukan melalui kipas.

Akhir sekali, untuk mempelajari hakikat insan, ianya perlukan guru. Apa yang pak cik wat adalah sekadar memaparkan informasi sahaja. Tak lebih dari tu. sekian terima kasih

10

Zikir Allah Dan Rahsianya

Bismillahirrahmanirrahim

zikir allah, rahsia zikir, rahsia zikrullah

Assalamualaikum. Pak cik harap korang suma sehat sejahtera la ye. Pagi pagi lagi indah ni tengok burung kuar cari makan. Cip cip diorang tu lah adalah teknik diorang zikir pada ALLAH taala. Pada post terdahulu pak cik da tegur segelintir orang mengenai cara zikir ALLAH mereka. Hari ni pak cik akan terangkan pula rahsia zikir ALLAH.

Zikir ALLAH itu Punya Rahsia?

Ya, setiap zikir yang dilafazkan mempunyai rahsia nya. Rahsia yang amat dalam hingga orang tenggelam dalam zikir ALLAH. Pernah tak korang tengok ada orang zikir ALLAH teruk teruk. Maknanya, dengang kepala terhuyung hayang, badan menggeletar, siap berlari lari lagi macam orang gile.

Fenomena gini korang boleh tengok selalu kat mana mana badan tarikat. Zikir ALLAH diorang memang da bersatu antara hati, lidah dan fikiran. Sebab tu dalam kepala diorang cuma ALLAH, ALLAH, ALLAH. Naik motor ALLAH, makan, ALLAH, lari, ALLAH.

Keadaan tu orang panggil zouk, ataupun fana. Ia da tenggelam dalam zikir ALLAH tu. Tenggelam tu bermakna dia dah asyik sangat da dengan nama ALLAH ni. Itu baru sikit, orang yang baca da berkelakukan macam orang gila. Baru sebut ALLAH, da rindu pada Dia tu separuh gila. Bayangkan jika kita dah bertemu ALLAH nanti. Pasti menangis berjejeran air mata lihat zat ALLAH kan?

Efek  Zikir ALLAH dalam Kehidupan.

Zikir ALLAH dalam kehidupan ni kita leh trace senang je. Nampak orang tu berseri je muka. Tenang je. Bercahaya semacam je. ITulah tanda dia tu kuat amalkan zikir. Itulah rahsia zikir yang sebenarnya tak lah rahsia pun, korang je tak perasan.

Ok, fine, malas nak zikir ALLAH. Korang boleh pie masuk hutan, ataupun berkelah kat tepi air terjun. Mungkin kali ini pak cik rasa melampau sikit sebab pak cik akan ajar korang camne nak dengar alam zikir pada ALLAH.

Tutup telinga, dengar kepada bunyi alam. Mula mula korang dengar air, pastu hening malam, diikuti dengan bunyi unggas. Lama lama korang akan dapat membaca ritma alam ni. Dan korang akan menjumpai bahawa semua bunyi ini bersatu menjadi “Ha” ” Hu”.  Bukan tu je.. Korang perasan tak kalo korang masuk hutan je, perasaan korang tak serabut. Sebab  nye mudah je. Korang sedang berkongsi dengan zikir alam. itulah jawapannya.

Pak cik harap, entri pak cik yang tak seberapa ni dapatlah menolong korang semua dalam kehidupan harian korang.

5

Perubatan Islam Berlandaskan Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim

perubatan islam, perubatan dalam islam, kaedah perubatan islam

Alhamdulillah, akhirnya habis jugak pak cik basuh baju. Berjaya sungguh rasanya. Hahaha.. Punyalah pemalas nak basuh baju. Delay punya delay, basuh gak. Hari ni pak cik nak bincangkan pasal perubatan islam yang Rasulullah da ajar da pada kita. So, lepas ni korang sakit, boleh la ubatkan diri sendiri. tak yah jumpa doktor, atau bayar RM 2 untuk beli panadol solubel.

Perubatan Islam Dan Syaratnya

Di dalam perubatan islam, yang paling penting adalah kepercayaan bahawa ALLAH penyembuh segala penyakit. Perubatan dalam islam ni guna ayat Quran je ke? Nope, ia guna juga ubat ubatan ataupun ramuan ramuan bahan lain, tapi kita ni nak menjauhkan syirik, sebab tu konsep perubatan islam mesti ada elemen bahawa semua itu datang dari ALLAH taala.

Namun, ada juga yang hanya memakai ayat Quran sahaja, kerana khasiat ayat Quran itu sendiri mampu untuk menyembuhkan penyakit dengan izin ALLAH. itulah antara kebanyakan rahsia yang kita tak tau dalam al Quran.

Senarai Perubatan Islam Yang Menggunakan Doa dan Al Quran

Bawah ni, pak cik akan senaraikan apakah cara perubatan dalam islam yang menggunakan doa dan al Quran. kebanyakan cara yang ditunjuk ni adalah diambil dari Rasulullah SAW itu sendiri. Sori pak cik tulis rumi :-

Kaedah Perubatan Islam Untuk Stroke

” Bismillahirrahmanirrahim. Innama yastajiibul lohul ladzina yasma’una wal mauta yab’atsuhumul lohu tsuma Ilaihi yarja’una ” 12x

” Audzubiwajhillahil ‘adhimi wa ‘izzatihil lati laturomu wa qodrotihil kati la yamtani’u minha syai-un min syarri Ma hadzal waj’i wa min syarri ma fiihi wa man syarri ma ajidu minhu” 7x

Caranya : do’a-doa tersebut dibacakan pada air hujan yag di dapat pada malam jumat,kemudian diminumkan pada orang yang sakit.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Sakit Perut

” Bismillahirrahanirrahim. ‘Udzu bi’izzatihi waqod rotihi wa’adzomatihi inna dzalika la-ayaatin likulli shobbarin Syakurin idzqolatim roatu’mirona robbi inni nadzartu laka ma bathni muhar-roron fatakobbal minni innaka Antassamii’ul ‘alimu ” 7x

Caranya : dibaca 7x pada air hangat lalu diminumkan.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Sakit Gigi

” Bismillahirrahmanirrahim. Subhana manihtajaba bijabaruuthi ‘an kholqihi fala ‘aina taroo hu ladhiddunn wala Niddun siwahu ” 7x

Caranya : sediakan bawang putih, kemudian bawang putih tersebut dibakar setelah itu dibacakan do’a tersebut kemudian dikunyah di gigi yang sakit atau bisa juga di bacakan pada air garam kemudian dibuat kumur-kumur.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Kencing Manis

” Bismillahirrahmanirrahim. Wa bus-satil jibaalu bas-san fakanat habaa-an munbasy-syan wa hamalatil ardhu Waljibalu faduk kata dak-katan wa hidatan wa idzas tasqo musa liqaumihi faqulnadhrib bi’ashokal hajar Fanfajarot minhustnata ‘asyrta ‘iinan ” 12x

Caranya : dibaca 12x pada air lalu diminum setiap bangun tidur.

Diharap perkongsian pak cik yang tak seberapa ni mampu mensavingkan kos perubatan korang :)