Asma Sungai Raja Archive

1

Pengalaman Mengamalkan Asma Sungai Rajah Tahap 2

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Ok, semalam merupakan hari terakhir pak cik mengamalkan asma sungai raja tingkat kedua. Apa yang pak cik dapat adalah dengar macam bunyi desir-desir. Tu je la yang pak cik dapat detect untuk hari terakhir. Sori sangat sebab broadband pak cik da sampai limit, so kelajuan internet agak slow dan susah nak update. Ni pun kira nasib leh update.. hahaha

Lepas ni pak cik akan terus masuk ke pada tahap ketiga. Selamat beramal semua.. Assalamualaikum

15

3 Hari Bersama Asma Sungai Raja Tahap 1

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Alhamdulillah, malam tadi merupakan malam terakhir pengamalan asma sungai raja tahap 1. Walaupun tak de tanda tanda signifikan seperti lintasan ke, apa ke benda ke, namun pak cik kongsi gak apa yang pak cik lalui.

Sebelum ni pak cik ada try gak nak wat, tapi tak habis, sebab malam kedua da ngantuk, tidur terus. Jadi kali ni pak cik wat lepas maghrib, cuma malam terakhir je pak cik wat malam, itu pun bape kali pak cik tersasul sebab ngantuk sangat.

Jadi, malam terakhir tu, pak cik rasa cam ada perasaan takut-takut lepas habis pengamalan, tak tau la, semacam ada benda yang nak hadir kat pak cik, cuma mengenangkan besok paginya pak cik ada perbarisan solat subuh, pak cik lagi nak layan tidur. Dan pak cik terasa yang bahagian ajna chakra pak cik asyik dok merenyam renyam, berdenyut2 je masa tu.

Kalo korang nak tau, ajna cakra tu la tempat letak mata ketiga. Ok lah, hari ni, tu je la pak cik nak kongsi dengan korang. Pak cik duty ari ni. Pak cik akan teruskan sampai level 4, kalo tak de masalah, maknanya korang leh la ikut sama, tapi kalo pak cik da meroyan ke apa, maknanya Asma Sungai Raja ni kena cari guru jugak untuk bimbing. Tak pe, biar pak cik amik risiko, korang lepak je ok?

83

Amalan Yang Boleh Diamalkan oleh Orang Bukan Islam

Bismillahirrahmanirrahim

asma sungai raja, ilmu batin, ilmu himah, info ghaib

Masih kah kau ingat, mengenai post yang pak cik beritahu pasal ada orang bukan islam nak belajar keilmuan hikmah islam kan?. So, ari ni pak cik terasa lak nak postkan mengenai amalan asma sungai Raja. Boleh la orang bukan islam merasa bagaimana hebatnya zikir zikir yang bukan sekadar zikir ni. Barulah kita terbuka hati nampak ilmu ALLAH tu masih luas.

Untuk pengetahuan korang, Asma Sungai Raja ni diberi nama sedemikian disebabkan proses penyampaian ilmu ni telahpun berlaku disebuah tempat yang mengandungi air yang banyak, mungkin tasik or sungai kot. Masa ni la Nabi Khidr AS datang memberikan ilmu ASR ni. Sesiapa yang mengamalkan ASR ni secara tak langsung telah pun menguasai beberapa keilmuan keilmuan hikmah yang lain.

Dan selalunya ASR ni boleh dirasakan dalam secepat kilat, misalannya, masa pengamalan dilakukan, perkara biasa yang korang akan lalui adalah korang akan rasa aliran sejuk yang mengalir kan bahagian tapak tangan kroang. Ini petanda lazim. Dan seterusnya korang akan melaui perbagai pengalaman pengalaman mistik. Okay, korang dah ready untuk itu?.. Jadi pak cik postkan amalan lengkap dari tahap 1 sampai tahap 4

ASMAK SUNGE RAJEH CIREBON LENGKAP INI DIIJAZAHKAN OLEH SAUDARA JATIRAGA/BOLOSEWU
Cara mengamalkan baca tawasul ALFATIHAH disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga, Sahabat, Malaikat Muqorrobin dan Qoribin, Nabi Khidir A.S balyhabin Malkan, Syekh Abdul Qodir Jailani, Syekh Buju Tumpeng Pamekasan Madura, Kyai Damanhuri Pamekasan Madura, Syekh Syarif Hidayatullah, Sunan Gunung Jati, Pangeran Cakrabuana, Man Ajazani.
Selanjutnya baca:
1. INNA QUWWATIH NAKAFATINA NAKABA KABANA TABANA 1000 X Selama tiga hari. Setelah tiga hari dan sudah terasa fungsinya, dilanjutkan ke tingkat dua.

2. INNA QUWWATIH NAKABAN NATAH KITABAN NATAH (1000 X Selama tiga hari. Setelah tiga hari dan sudah terasa fungsinya, dilanjutkan ke tingkat tiga).

3. INNA QUWWATIH NAKABUN NATAH KITABUN NATAH (1000 X Selama tiga hari. Setelah tiga hari dan sudah terasa fungsinya, dilanjutkan ke tingkat Empat).

4. INNA QUWWATIH NAKATABANA FATINA NABADAN. (1000 X Selama tiga hari)

<P/S = Jangan baca pada wanita hamil >

34

Amalan Asma Sungai Raja

Amalan Asma Sungai Raja

asma sungai raja versi madura
Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! saya melaporkan dari sungai congkak…. cam pemberita la beb… Pak cik sekarang nak mandi sungai.. best wooo sungai congkak ni… Laju je air dia… Apalagi, sebagai seorang yang suka lone ranger, pak cik pun menghamparkan tikar dan setup sikit khemah ala ala pengakap < pak cik pengakap dapat badge diraja wei >
Pas puas kunyah roti sapu kaya,… pak cik pun main main air pakai kaki.. Pastu tangkap ikan pakai kaki, pastu pijak-pijak pasir sungai pakai kaki < amenda ni >

Ari tu, sikit la pulak orang, mungkin pasal kencing tikus punya pasal kot… Tapi sungai congkak ni tak kena lagi pun, cuma kat Lata Bayu ngn Lubuk Yu. Tengah pak cik shampoo kepala, pak cik nampak sorang pak cik yang lebih pak cik dari pak cik duduk tepi gigi air… Bersih je wajah dia.

Puas main air, pak cik naik la… makan sikit, lapar,.. < nasi goreng dan 4 keping roti tu dikira sikit ok ? >
Rasa boring, so pak cik pun lepak ngn pak cik ni. Sembang la ngan dia. Seronok sembang ngan dia, banyak benda dia cakap pasal kebesaran ALLAH. Pada hemat pak cik, dia ni mesti da dikurniakan ilmu laduni, sebab dia boleh tafsir suatu perkara hingga terkait dengan ALLAH hanya dengan berdalilkan akli semata. Pastu sebelum PCYLPCDPC ( Pak cik yang lebih pak cik dari pak cik ) ni nak beransur pulang, dia ajarkan suatu ilmu yang dipanggil asma SUngai Raja

Pak cik ok je.. Pas pak cik dengar teruja juga.. berikut adalah antara khasiat ilmu tu

1) Boleh halau awan
2) Boleh membentuk pedang ghaib
3) Boleh buat pagar perlindungan..

Ilmu ni elok diamalkan ditepi sungai, sebab sesiapa yang memulakan amalan ni, dia akan merasa panas sebab aura merah yang terbentuk. asma sungai raja jika tidak dibentuk dengan sempurna, ia akan lebih bersifat destruktif < pak cik da mula serius >. Ini bermakna kegunaannya banyak kepada bentuk serangan, so kegunaan berbentuk pertahanan kita tak dapat. Berikut adalah 4 tingkat amalan Asma Sungai raja

INNA QUWWATIN NAKATA BANATA KINNA NATABA(1000 x diulang 7 malam ditempat dan jam yg sama).

Dalam masa pengamalan, korang akan merasa sejuk-sejuk ais kat tangan korang, pastu merebak ke badan… Kalau korang da ke tingkat lebih tinggi, secara tak langsung banyak makhluk ghaib akan korang nampak.. So, terpulang kepada korang. Segala ilmu ghaib fungsi utamanya ialah.. < MENAMBAHKAN IMAN >