299

Khasiat Besi Kursani Yang Rahsia

Besi Kursani, satu pendedahan

besi kursani, khasiat besi kursani, ayat besi kursani

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama ALLAH memulakan topik. Entri ini telahpun diwujudkan pada pukul 5 pagi disebabkan pak cik dah terbangun, alang alang nak stay terus. Tiba tiba je ada idea nak tulis pasal khasiat besi kursani.

Mamai lagi ni, tengah kacau-kacau air milo. Sambil pikir pikir camne nak mulakan karangan pak cik sekarang ni. Bagi yang da tau pasal khasiat besi kursani ni, mai la pakat dok ngomen bawah blog pak cik ni. Blog Pak Cik ni do follow, kencang la sikit kan :).

Khasiat Besi Kursani

Ok, pada awal mulanya, pak cik nak terangkan dahulu mengenai khasiat besi kursani ni. Sebenarnya pada awal cipta manusia ni, hakikat besi ni dah pun melekat pada diri sejak nabi adam lagi. Cuma besi ni tak berbentuk material, gila apa , ingat leh sumbat besi dalam badan. Melainkan korang ada patah patah, tu len cite la. Jadi, secara amnya, khasiat besi kursani ni kebanyakannya adalah untuk keselamatan diri. Sebab sesiapa yang da pun mengaktifkan khasiat besi kursani ni, dia akan memperolehi kekuatan tubuh yang tinggi berbeza dengan manusia biasa.

Besi Kursani, Cara Pengaktifannya

Untuk mengaktifkan besi kursani ni, selalunya adalah melalui orang tengah, iaitu orang yang da pun aktif besi kursani mereka ni. Bila da teraktif, korang akan rasa ada benda yang mengalir masuk dalam urat, sendi, darahh dan daging. Kool bro, jangan gelabah, sebab besi kursani ni da diekstrak macam winrar ke dalam tubuh badan ko.

Kawasan Besi Kursani

Besi kursani ni biasanya akan tertumpu dibahagian tapak tangan. Itu sebab bila da aktifkan besi kursani, ia akan bermula dengan tapak tangan dulu. Kemudian dia akan menjalar ke seluruh tubuh dengan jayanya. Seronok lah korang bila dapat kuasai ilmu besi kursani ni sebab ilmu ni limited gila disebabkan guru2 dulu yang terlalu memilih murid untuk menurunkan besi kursani ni pada orang lain.

Ayat besi kursani

Bawah ni adalah ayat besi kursani yang korang boleh amalkan. Mana tau , korang lak cipta sejarah dengan membangkitkan besi kursani dalam badan ni tanpa melalui orang :-

“Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya

Yang ni versi melayu

“ Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”.

< Sapalah yang boleh aktifkan ek, badan pak cik ni pun lemah lemah walaupun pak cik baru umur 21 tahun, hohohoh.>